Video tular berdurasi 31 saat menunjukkan aksi ‘wheelie’ seorang wanita menunggang motosikal yang turut dibonceng ooleh seorang lelaki di Batu Pahat.
REMAJA berusia 21 tahun memuat naik video aksi “wheelie” motosikal yang ditunggang bersama seorang lelaki akhirnya mengundang padah selepas ditahan oleh polis, pada Jumaat 21 Mei 2021.
Ketua Polis
Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, pihaknya berjaya mengesan video berdurasi 31
saat yang tular dalam media sosial itu.
Katanya kejadian
dalam video tular berkenaan dipercayai berlaku di Jalan Dato’ Syed Esa di Batu
Pahat pada 4.45 petang, 10 Mei 2021 lalu.
“Wanita
berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di
rumah masing-masing di Jalan Pantai di Batu Pahat dan sebuah motosikal juga
disita,” katanya dalam satu kenyataan di Batu Pahat, pada Sabtu 22 Mei 2021.
Kedua-dua
individu tersebut kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan kes disiasat di
bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).
Beliau
berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda
RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen
memandu selama lima tahun.
Sehubungan
itu beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan aksi yang
boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, dan ibu bapa juga perlu
memantau anak-anak mereka. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter