Seni & Sukan 30 Nov, 2020

Masa kecil comot dan kotor! Kini dinobat Miss Vietnam 2020!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SIAPA sangka seorang remaja yang menjadikan tanah dan lumpur semasa alam kanak-kanak sebagai ‘rakan karibnya’ kini dinobatkan sebagai pemenang ratu cantik Miss Vietnam 2020, baru-baru ini. Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia sapa yang tahu. : KitaReporters


KEJAYAAN besar apabila Do Thi Ha membawa pulang hadiah wang tunai VND350 juta (RM61,950)


Lagi kisah-kisah berkaitan ratus cantik:

https://kitareporters.com/search?search=ratu+cantik


Memetik portal nextshark.com, Do Thi Ha seorang gadis berusia 19 tahun yang dilahirkan di wilayah Thanh Hoa itu berjaya menewaskan 34 finalis yang lain, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai VND350 juta (RM61,950) yang berlangsung di Stadium Phu Tho Indoor, Ho Chi Minh pada 21 November 2020. 

Sementara itu, naib juara, Pham Ngoc Phuong Anh dan tempat ketiga, Nguyen Le Ngoc Thao masing-masing memenangi VND250 juta (RM44,250) dan VND200 juta (RM35,400).


SIAPA sangka anak kampung yang comot dan kotor serta sentiasa bergelumang dengan lumpur dan tanah akhirnya dinobat sebagai Miss Vietnam 2020. - Kredit foto mothershif.sg


Kini walaupun masih bergelar mahasiswa di Universiti Ekonomi Nasional (NEU), namun tidak menghalang dirinya meneruskan keinginan dalam dunia peragaan. 

Si cantik yang berasal daripada keluarga petani dan pekerja am itu mengatakan ibu bapanya sangat memberi sokongan sepanjang perjalanannya sebagai peserta Miss Vietnam 2020. Malah ketika pada zaman kanak-kanak Thi Ha sering membantu ibu bapanya yang bekerja kampung dan sering menjaga lembu peliharaan keluarga.

Namun selepas menginjak remaja, keinginan untuk 'memasuki' dunia peragaan membuatkan dia bertekad menggunakan duitnya sendiri. Malah  dia sendiri sanggup menggunakan duit yang dikumpul sendiri untuk menampung kesemua perbelanjaan sepanjang menyertai pertandingan berkenaan. 


TERSENYUM lebar selepas dinobat sebagai Miss Vietnam 2020 yang berlangsung di Stadium Phu Thoor, Ho Chi Minh. - Kredit foto: Tuoitrenews.vn


Selain memenangi gelar terbesar malam itu, gadis 19 tahun itu juga memenangi sejumlah hadiah lain termasuk anugerah Media Beauty, Fashion Beauty, dan Sea Beauty. 

Semasa peringkat akhir pada malam itu, 35 peserta diwajibkan menggayakan pakaian tradisional Vietnam ‘ao dai’, kemudian 22 orang ke peringkat peragakan pakaian renang, 15 peserta ke peringkat gaun malam, dan 10 orang ke peringkat akhir menjalani pusingan soal jawab.

Miss Vietnam yang dianjurkan oleh akhbar harian Vietnam Tien Phong hanya diadakan dua tahun sekali sejak 1988, bertujuan untuk meraikan kebaikan, keindahan dan pengetahuan.

Miss Vietnam juga dianggap sebagai pertandingan kecantikan kebangsaan yang paling berprestij. : KitaReporters

4
6
0
0
0
You will be interested