Seni & Sukan 29 Apr, 2020

Kerana PKP, Ayda Jebat & Nabil Mahir bertunang secara online

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
EKORAN Perintah Kawal Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan mulai 29 April hingga 12 Mei 2020, pelakon Ayda Jebat, 28, dan Nabil Mahir, 32, telah melangsungkan pertunangan mereka secara dalam talian (online) pada Selasa, 28 April 2020. : KitaReporters



Perkara ini dinyatakan oleh Nabil (Ahmad Nabil Ahmad Mahir) dalam Instagramnya. Ayda turut memaparkan gambar bahagia mereka yang berpakaian sedondon di atas pelamin.

Namun gambar-gambar pertunangan itu dibuat secara suntingan
Siaran online berlangsung di kedua-dua rumah pasangan. 

Beberapa ahli keluarga turut menyaksikan majlis pertunangan online itu.

Pertunangan online ini yang diadakan pada Selasa, 28 April 2020 itu sempena hari lahir Nabil yang ke-32.

Kredit foto dari IG @aidajebat


Dalam IGnya, Nabil turut menyampaikan pantun berbunyi:

“PKP arahan pemerintah,

Mengingkarinya akan disaman.

Hajat dihati dah nak melimpah,

Ingin menyunting bunga di taman."

Sebelum ini, Ayda memperlihat cincin pada hari jadinya ke-28 pada 18 Mac 2020. 

Jawapan menerima lamaran itu dipaparkan dalam saluran Nabil/Ayda di saluran Youtube Wuvvshow.


Menurut Nabil Mahir, pelakon dan bekas pengacara H-live Astro ini, majlis persandingan belum dirancang, namun mungkin akan berlangsung setelah wabak Covid-19 berakhir tahun 2020 ini.

Ayda, lulusan bidang muzik dari Institut Teknologi MARA, (UITM) ini mula dikenali sebagai penyanyi dan menyertai Akademi Fantasia musim ke-9. 

Namun dia lebih dikenali sebagai pelakon.

Cuma baru-baru ini dia kembali bergiat sebagai penyanyi dan cuba memperkembangkan kebolehan nyanyiannya ke Indonesia. 

Antara lagu popular Ayda ialah ‘Temberang’ dan 'Better Than You’. - KitaReporters




Kredit gambar: IG @Nabilmahir

0
1
0
0
1
You will be interested