Penduduk di Cisoka, daerah Tengerang, Indonesia gempar apabila menjumpa sebuah kubur yang terpacak batu nisan bertulis nama Ibu Nesah binti Nabi Sulaiman bin Nabi Daud, berusia 1,200 tahun.
Lapor portal Detik.com, oleh kerana tidak mahu ia
mengundang perkara-perkara khurafat dan kegemparan ramai, pihak polis dan
penduduk setempat telah membongkarkan batu nisan tersebut serta-merta.
"Perkara ini dibimbangi akan menyusahkan penduduk, pihak kami dan penduduk kampung memutuskan untuk mencabut nisan tersebut. Kini batu nisan itu sudah diganti dengan batu nisan biasa," kata Ketua Polis Cisoka AKP Nurohman ketika dihubungi pada 28 Februari 2022 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan batu nisan
Kubur yang menggemparkan masyarakat setempat. - Kredit foto: Kumparan.com
Menurut Nurohman, tindakan tersebut juga dilakukan atas kebenaran pembuat batu nisan. Malah, batu nisan kubur tersebut telah diganti sejak seminggu lalu.
Nurohman mendedahkan bahawa penulisan batu nisan itu
dilakukan oleh seseorang yang merupakan penduduk Serang, Banten. Dakwa penulis
tersebut, ia berbuat demikian kerana mendapat wasiat daripada seorang guru.
"Bukan nama asal, itu hanyalah tiruan. Pelakunya adalah orang Serang yang mengaku menerima wasiat daripada guru. Setelah disoal siasat, barulah pelaku mengaku dan membenarkan batu nisan tersebut dirobohkan," cerita Nurohman.
Jelas Nurohman, makam itu sudah lama wujud dan penduduk juga mengetahuinya. Bagaimanapun, penduduk tempatan tidak mengetahui jenazah siapa yang dikebumikan di dalamnya. - KitaReporters
Batu nisan yang mengundang kontroversi telah ditukar dengan batu nisan biasa. - Kredit foto: Banten.idntimes.com