Seni & Sukan 10 Mar, 2022

Buat drama murahan demi marketing? Cukuplah berlakon kat set sahaja! Syafie Naswip lepas geram?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: IG @syafienaswi



JIKA dilihat pada masa kini, orang ramai yang ada kepentingan dalam sesuatu perkara terutama dalam bidang perniagaan sanggup melakukan 'bad marketing' atau drama murahan demi menaikkan produk atau nama mereka

Selain bad marketing, ayat paling sesuai digunakan adalah biar malu seketika janji nama atau barang terus dikenali

Syafie Naswip sememangnya cukup dikenali dalam bidang lakonan telah memuat naik satu posting dalam Instagram miliknya yang mengecam tindakan segelintir pihak yang suka 'buat drama' demi marketing


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemasaran



Kalau dilihat apa yang diperkatakan oleh Syafie ini, memang setuju sangat kerana kita boleh lihat semakin lama semakin menjadi-jadi pula orang yang suka buat drama ini. 

Lebih menyedihkan, ada segelintir pihak yang sanggup mengaibkan diri sendiri demi sesuap perhatian daripada orang ramai. Bagi mereka, benda macam ini akan lebih cepat dikenali dan followers pun akan cepat naik. 

Posting beliau yang telahpun dipadamkan ini dapat sokongan daripada netizen malah rakan artis juga bersetuju dan sokong apa yang dikatakan itu. 





Tapi jika diamati ayat Syafie ini, macam ditujukan kepada seseorang je yang berada dalam dunia lakonan.... Heheheh. 

Kurangkan kontroversi tingkat prestasi. Seperti Syafie Naswip, cukuplah sekadar memberi all out di set penggambaran. - KitaReporters


11
8
0
6
0
You will be interested