Seni & Sukan 22 Jan, 2022

Video| Hebat kau kak! Trending sungguh! Orang muda pun tak hebat macam ni! Tular menari hip hop!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


BUKAN hanya golongan muda sahaja yang menggunakan Tiktok untuk membuat content seperti menari atau apa-apa sahaja yang ingin dikongsikan kepada umum sehingga tular.

Tular di Indonesia seorang wanita dilihat sangat berbakat menari mengikut rentak dengan lagu-lagu yang trending dalam Tiktok. 

Lebih meriah apabila wanita ini akan menari mengikut permintaan pengguna Tiktok yang lain untuk menari dengan mengikut rentak. Kalah orang muda!!


Lagi cerita-cerita menarik



Wanita yang bernama Fitry Guru ini menyahut apa sahaja cabaran untuk menari. Lebih menarik beliau akan menari di tepi perlabuhan. 

Dilihat dari video Tiktok, wanita ini memakai baju ala-ala hip hop berwarna kuning sehingga ramai golongan meminatinya.



Tak padan, kelincihannya semasa melakukan tarian dalam Tiktok memerlukan stamina yang tinggi, anak muda pun tak boleh menari begitulah.

Oleh sebab itu, wanita berkenaan turut menari lagu-lagu K-pop yang lain seperti Money nyanyian Lisa Blackpink, My Universe daripada Coldplay X BTS dan banyak lagi. 

Video berdurasi 31 saat itu meraih lebih 6.5 juta tontonan dan mendapat lebih 819 ribu tanda suka dalam TikTok. 



Hebatlah akak ini, kami semua sokong hobi ni! - KitaReporters

7
13
0
15
0
You will be interested