Gaya Hidup 17 Jan, 2022

Video| Baim Wong buka lagi restoran! Untuk beri makanan percuma! Restoran Silahkan Makan Gratis!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this


SELAIN dikenali sebagai pelakon sinetron, Baim Wong juga merupakan seorang YouTuber yang popular di Indonesia menerusi saluran Baim Paula. Hingga kini saluran YouTube miliknya itu sudah dilanggan oleh 19.8 juta orang.

Hari ini (17 Januari 2022), Baim atau nama penuhnya Muhammad Ibrahim, 41, menerusi Instagram memuat naik video penyediaan makanan yang akan diberikan secara percuma kepada pengemudi ojek online atau ojol.

Menurut suami kepada Paula Verhoeven, kali ini beliau buka restoran atau rumah makan bukan untuk mencari keuntungan seperti sebelum ini iaitu Wong Bara Grills yang terletak di Bendungan Hilir, Jakarta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makan percuma


Baim sering membantu orang ramai seperti yang dipaparkan dalam YouTube miliknya.


“Saya bikin restoran lagi. Dulu bikin restoran buat cari untung, tapi sekarang agak berbeza. Di sini semua makanan gratis (percuma).

“Silahkan Makan Gratis dibuka untuk para Ojol yang lewat, kaum Duafa (anak-anak kecil, orang lanjut usia dan orang yang cacat fizikal) dan bagi semua kalangan yang memerlukan. Silahkan kalian makan gratis. Semua menu di restoran ini harganya Rp0.00,” tulisnya dalam Instagram tentang keistimewaan restoran Silahkan Makan Gratis.

Tambah Baim, restoran Silahkan Makan Gratis yang terletak di Tanah Kusir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan beroperasi setiap hari, kecuali hari Ahad.


Mendapat bantuan daripada aktor Giovanni Tobing dan isteri untuk menyediakan makanan pada orang ramai. 


“Insya-Allah, Rumah Makan ini berjalan tiap hari (dari pukul 12 tengah hari hingga lima petang, kecuali hari minggu) dan insya-Allah semoga niat ikhlas ini berjalan sampai akhir hidup saya.

“Terima kasih juga kepada @rumah_makan_gratis yang memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan perkara ini,” katanya yang terinspirasi daripada Aditya Prayoga yang membuka Rumah Makan Gratis di Jalan Raya Ciangsana, Gunung Putri, Kabupaten Bogor.


Baim bersama isteri dan anak-anaknya.


Untuk permulaan rumah makan atau restoran Silahkan Makan Gratis menyediakan 100 pek makanan yang disediakan oleh pelakon Giovanni Tobing dan isteri, Dewi Ariani serta kru mereka.

Jelas Baim, beliau mendapat khidmat aktor tersebut untuk menyediakan makanan kerana pengalaman Giovanni selama 12 tahun mengendalikan katering.

“Dan bro Giovanni dan Dewi, thank you untuk ilmunya yang mahal… Tanpa mereka, saya tak mungkin buat Rumah Makan ini.. Semoga Rahmat Allah selalu ada untuk keluarga kalian,” katanya yang sempat bertanya menu yang disediakan untuk hidangan hari ini.


Giovanni Tobing dan isteri, Dewi Ariani sudah lama berpengalaman dalam penyediaan katering.


Rupa-rupanya menyantuni mereka yang kurang berkemampuan adalah cita-cita Baim sempena tahun ini.

"Saya kadang kalau sudah digerakin sama orang melihat begitu, aduh orang begini saja kok bisa buat ya. Kenapa kita yang lagi ada rezeki enggak bisa.

"Dan setiap rumah makan itu, insya-Allah apa yang kita lakuin pas hari itu pahalanya buat kita," kata bapa kepada Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.  - KitaReporters


13
10
0
16
0
You will be interested

Jelajah amal Keluarga Malaysia! Pengamal media berkonvoi ke Cameron Highlands! Untuk santuni asnaf!

Sempena bulan kemerdekaan Ke-65, 20 ahli media Terengganu sertai program konvoi bermotoikal, Jelajah Amal Media Merdeka ke Kpg Gerak Sepadu, Cameron Highlands

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Piala AFC 2022: Tahniah KL City FC! Mara ke final Zon ASEAN! Azri Ghani jadi wira sepakan penalti!

Penjaga gol KL City FC, Azri Ghani muncul wira selepas selamatkan sepakan penalti pemain terakhir Viettel FC untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 21 hours ago

Liga Super 2022: JDT terus gah di persada liga! Tundukkan Terengganu! Bertemu lagi akhir Piala FA?

JDT kukuh selaku pendahulu liga selepas menang 2-1 ke atas Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2022. Akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 21 hours ago

Liga Perdana 2022: Perak FC kejutkan Kelantan FC di halaman sendiri! Peluang JDT II rapatkan mata!

Perak FC teruskan momentum kemenangan apabila kejutkan pendahulu liga, Kelantan FC 2-1 dalam saingan Liga Perdana 2022. Buka ruang kepada JDT II rapatkan mata
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 22 hours ago

Video| Padan muka! Pemandu lori dapat “thumbs up”! Bantu polis halang MPV guna lorong kecemasan!

Seorang pemandu lori dapat thumbs up daripada anggota polis trafik selepas bantu halang sebuah kenderaan MPV potong barisan kesesakan gunakan lorong kecemasan
Fitri Hazim in Gaya Hidup 1 day ago