SEDIH meninggalkan dua anaknya Aafiyah, 3, dan Muhammad Afwa, 1, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berangkat menunaikan umrah pada Isnin, 25 April 2022.
Dalam satu video, kelihatan Siti menangis sujud di depan Kaabah ketika menjalankan umrah.
Siti berangkat tanpa suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa. Sebaliknya dia ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohamad Jiwa.
Lagi cerita-cerita menarik
Dalam satu hantaran dalam media sosialnya, Siti memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.
Dia dijangka kembali ke tanah air pada awal Mei atau sebelum Syawal menjelma.
/
"Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.
"Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia," tulis Siti dalam Instagram Storynya.
Sementara itu lagu ‘Lip Lap Raya’ tetap dapat sambutan walaupun menerima kritikan sejumlah masyarakat kerana iramanya tidak begitu menarik berbanding lagu bertema hari raya Siti sebelum ini.
Bagi Siti dia reda dikritik lagu terbaharu rayanya tidak begitu kuat, namun apa yang penting ialah lirik yang disampaikan meresap di hati orang ramai.