Seni & Sukan 13 Apr, 2022

Bangkit Harimau Malaya! Hong Kong, Myanmar ujian terakhir Malaysia! Sebelum sepak mula Piala Asia!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Malaysia bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Myanmar sebelum kelayakan Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2022 nanti. 

Dua perlawanan persahabatan ini akan diadakan pada 27 Mei dan 1 jun 2022 dan ia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Ini adalah masa terbaik untuk skuad kendalian Kim Pan-gon menguji dan memilih pemain yang layak berada dalam skuad utama dalam saingan akhir Piala Asia nanti. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Harimau Malaya


Diharapkan juga ketua jurulatih Malaysia ini memilih pemain yang berada di kemuncak prestasi dan memilih pemain yang mempunyai minit permainan yang banyak supaya mereka memberikan yang terbaik. 

Sudah pasti perlawanan persahabatan ini bakal memberi bayangan awal untuk Kim Pan-gon memilih pemain yang layak berada dalam skuad utama nanti. 



Kita juga mengharapkan perlawanan persahabatan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan tiada lagi medan uji pemain kerana ia bukan masa yang sesuai lagi untuk membuat 'eksperimen' seperti sebelum ini. 

Ketika ini, saingan Liga Super dan Liga Perdana sedang berlangsung dan kita boleh lihat barisan kejurulatihan giat turun ke stadium bagi mencari pemain-pemain yang layak dipanggil nanti. 



Melalui laman rasmi  Facebook Football Association Of Malaysia (FAM), skuad kebangsaan akan mula berkumpul pada 19 Mei 2022, sehari selepas tamat perlawanan kesembilan Liga Super. 

Ini bermakna, kesemua pemain Malaysia kini berada pada prestasi terbaik kerana liga sedang berlangsung dan sudah pasti sebagai peminat, kita ingin melihat mereka terbaik di pilih mengikut prestasi semasa bukan lagi memilih sebab reputasi seseorang itu. 



Jika dilihat pada perlawanan persahabatan baru-baru ini ketika menentang Filipina dan Singapura, permainan Malaysia dilihat berbeza dan bertambah baik di bawah kendalian Kim Pan-gon. Permainan Malaysia juga dilihat lebih laju.

Ia sedikit sebanyak telah memberi keyakinan kepada peminat bahawa Kim Pan-gon mampu memberi revolusi dalam permainan skuad kebangsaan nanti. 

Malaysia yang diundi berada dalam Kumpulan E akan memulakan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh bermula dari 8 hingga 14 Jun 2022. - KitaReporters


12
14
0
8
0
You will be interested