Seni & Sukan 06 Sep, 2020

Tahniah Jiran Wanita KRT Jertih! Rebut anugerah perdana KRT!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

GANDINGAN mantap antara komposisi ahli jawatankuasa pelbagai kaum dan banyak aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu, sepanjang tahun melayakkan mereka dipilih mewakili Terengganu bagi merebut Anugerah Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2020. : KitaReporters

Kulit buku dokumentasi Jiran Wanita KRT Bandar Jertih yang melambangkan jawatankuasa  pelbagai kaum


Lagi cerita-cerita berkaitan Jertih:

https://kitareporters.com/search?search=jertih


Pencalonan yang dibuat oleh Jabatan Pepaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu untuk kategori Pengurusan Jiran Wanita satu pengiktirafan kepada badan bukan kerajaan (NGO) wanita negeri ini.

Setiausaha Jiran Wanita Rahimah Latif (kiri) menyerahkan buku dokumentasi anugerah kepada Pegawai JPNIN, Norlin Buniran di Pejabat Perpaduan Negara Negeri Terengganu

Pengalaman lebih 30 tahun bergiat aktif menganjurkan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat selain pimpinannya meliputi wanita pelbagai kaum memberi kelebihan kepada Jiran Wanita berkenaan menonjolkan diri dalam kalangan NGO wanita.

Setiausaha Jiran Wanita, Rahimah Latif 


Setiausahanya, Rahimah Latif berkata, semangat kerjasama ahli jawatankuasa dari pelbagai kaum meletakkan tahap pencapaian yang membanggakan menyebabkan NGO tersebut mampu bertahan lebih 30 tahun di persada masyarakat.

Katanya, konsep perpaduan yang diterapkan oleh Jiran Wanita berkenaan menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mahu semua badan sukarela di bawah jabatan itu berperanan dalam meningkatkan hubungan kaum menerusi aktiviti yang dijalankan.

Program menngacau bubur asyura yang turut disertai jawatankuasa pelbagai kaum


Beliau berkata, program berteraskan aspirasi wanita pelbagai kaum yang dilaksanakan oleh Jiran Wanita berkenaan menjadi simbul kekuatan perpaduan dan mendapat sambutan komuniti setempat.

Rahimah berkata, program gunting rambut yang dicetuskan oleh Jiran Wanita tersebut sejak 20 tahun lalu menjadi kebanggaan pihaknya kerana kini akiviti seumpama itu sudah menjadi ikutan oleh pertubuhan lain seluruh negara.

Bergotong royong membungkus barangan dapur untuk diagihkan kepada semua lapisan masyarakat.


“Pada setiap tahun kami mampu menganjurkan lebih 30 aktiviti membabitkan penyertaan komuniti setempat,” katanya.

Amat membanggakan, katanya Jiran Wanita tersebut dianggotai wanita dari keturunan Melayu, Cina, India dan Iban dan ia tidak ada di daerah lain di negeri ini.

Rahimah mengagihkan bantuan makanan keperluan kepada komuniti setempat


Malah, katanya, jawatan pengerusi Jiran Wanita tersebut dipengerusikan oleh wanita keturunan Cina walaupun manjoriti penduduk adalah bangsa Melayu.

Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Bandar Jertih mewakili wanita pelbagai kaum


Mengenai peluang anugerah itu, beliau menaruh harapan agar kekuatan Jawatankuasa diwakili pelbagai kaum selain keaktifan menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun mendapat pertimbangan ahli panel penilai membuat pilihan yang terbaik bedasarkan dokumentasi yang dikemukakan kepada pihak penganjur. - KitaReporters

5
2
0
0
1
You will be interested