Seni & Sukan 20 May, 2020

Posmen harap bonus raya! Pos Malaysia rugi! Macam mana tu?

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

KEGEMBIRAAN umat Islam di seluruh dunia menjelangnya tiba hari raya adalah apabila bertemu dan menziarahi sanak saudara serta bermaaf-maafan bersama yang tersayang. Tetapi apakah kita merasai kegembiraan itu pada kala jumlah wang saku di dalam kocek kita kian menipis dan tidak berbaki?? : KitaReporters

Bonus tahunan memang dinanti-nantikan oleh pekerja di Malaysia terutamanya menjelang hari perayaan seperti hari raya.


Biasanya kebanyakan syarikat akan mengambil peluang pada musim perayaan untuk memberikan bonus atau wang saku tambahan kepada pekerjanya untuk memberikan secubit kegembiraan bersama yang tersayang.

Biasanyalah!

Dengan perkhabaran bahawa pekerja akan diberikan insentif tambahan secara tidak langsung akan memberikan kelegaan dan keriangan berhari raya, sekali gus menerbitkan mutu kerja yang produktif untuk disiapkan.

Yelah! Apa lagi yang diharapkan dengan tempoh enam bulan sebelumnya berkurung, tentunya hanya wang saku tambahan sahaja dapat memalitkan sedikit kelegaan pada kala ekonomi baru nak 'banggun'.

Sudah tentunya ramai antara kita berkira-kira mengagih-agihkan wang perbelanjaan dan sebagainya.

Kebetulan pula waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), walau tidak ke mana-mana, tetap wang itu perlu disalurkan demi persediaan hari raya anak-anak di rumah.

Kredit foto: FB Megat Hisemudin Megat Kasim


Sebelum ini, telah tular suatu kisah yang menceritakan seorang posmen yang kecewa dengan perkhabaran bahawa Pos Malaysia Berhad tidak menyediakan bonus tambahan kepada pekerjanya pada tahun 2020 ini. 

Perkhabaran itu diketahui melalui panggilan telefon daripada kawan yang bekerja sebagai penghantar surat juga.

Kekecewaan yang dirakamkan olen pemilik akaun Facebook bernama @InDra MaLik mendapat perhatian seluruh warga alam maya di Malaysia yang bersimpati dengan pekerja itu.

Katanya, sebelum ini Pos Malaysia masih memberikan insentif tambahan perayaan sebanyak RM1,000 kepadanya, tetapi malangnya pada tahun ini tidak diberikan.

Keluhnya, dia sangat berharap diberikan sedikit bonus tambahan untuk menampung keluarganya yang kehilangan ayahanda tercinta tiga tahun lepas, di samping perlu membayar ansurans motor dan rumah sewa.

Dengan pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan segala kemelut yang bakal menanti tidak mampu dilakukannya keseorangan jika tidak diberikan keprihatinan oleh majikan yang menggajikannya.

Kredit foto: FB Friends of Posmen


Ikuti luahannya di dalam kiriman status yang dikongsikan dan dimuat naik:

"Nak tanggung keluarga yang kehilangan ayah sejak tiga tahun lalu, perlu bayar hutang motor, sewa rumah dengan berbekalkan pendapatan seribu lebih sahaja.

"Kerja menghantar surat makin banyak, bonus pula tiada sambil air mata berlinangan jatuh ke bumi.

"Saya berharap pihak yang berkenaan dan kerajaan Malaysia tolong bersuara bagi pihak posmen Malaysia ini, kesiankanlah mereka wira barisan hadapan yang tak didendangkan." 


Sementara itu, wartawan KitaReporter cuba mendapatkan pengesahan dan mendapati jawapannya tidak benar sama sekali kerana Pos Malaysia telah memberikan bantuan RM250 sepanjang bulan Ramadan kepada lebih 23,000 orang pekerjanya yang bertugas.

Ketika kebanyakan syarikat dan kilang dibelenggu masalah keuntungan yang menguncup akibat penilaran wabak COVID-19, beruntunglah Pos Malaysia mampu bertahan dan tiada pekerja yang diberhentikan, buang kerja atau memberi VSS.


Berbanding keadaannya di luar sejumlah hampir 610,500 orang tiada pekerjaaan pada Mac 2020 dan sejumlah 208,907 pekerja sudah mendapat notis cuti tanpa gaji di Malaysia namun tidak berlaku pada pekerja Pos Malaysia.

Menurut kenyataan Pos Malaysia, memang benar, peningkatan besar dan mendadak berlaku terhadap kiriman surat dan bungkusan ketika PKP, tetapi itu tidak mencerminkan keseluruhan operasi kewangan Pos Malaysia.

Walaupun perkhidmatan mail dan penghantaran kurier mencatatkan peningkatan yang tinggi, harus diingat bahawa penurunan segmen jualan seperti retail runcit dan transaksi antarabangsa menjunam sehingga 60 peratus.


Pihak pengurusan Pos Malaysia sebaik mungkin sedang cuba mengimbangi keadaan aliran tunai dan sehingga kini keadaan itu sudah sampai ke tahap harian.

Justeru, sgala perbelanjaan keluar dirancang sebaik mungkin supaya hal-hal asas seperti gaji tidak terjejas atau berlaku terhadap pekerjanya.

Pada ketika ini, keadaan kewangan, aliran tunai syarikat tidak mengizinkan untuk sebarang insentif tambahan dan pihak Pos Malaysia sentiasa memantau keadaan turun naik tunai dari semasa ke semasa.


Namun menerusi luahan status yang mewakili posmen memberitahu insentif tambahan bernilai RM250 yang diberikan syarikat sepanjang bulan Ramadan bukan bonus!!

Difahamkan ia merupakan bantuan prihatin yang dikumpulkan melalui tabung bantuan pekerja sendiri yang dipotong sebulan RM2 dan kadar terkumpul itulah yang dijadikan insentif.

Alahai, apa sudah jadi Pos Malaysia??? Benarkah!?

Jika benar maklumat yang diterima tindakan Pos Malaysia 'claim' pemberian bonus adalah sesuatu tidak wajar sedangkan pemberian itu melalui tabungan dalaman wang pekerja.

Kredit foto: FB Friends of Posmen


Jika hendak membicarakan soal pemberian bonus atau insentif ini adalah sesuatu yang tidak releven kerana majikan sehingga kini belum gagal lagi membayar gaji bulanan secara baik dan tetap.

Soal pemberian wang saku tambahan ini sebenarnya adalah bersifat pragmatik iaitu terpulang kepada majikan untuk memberi ataupun tidak bergantung soal keuntungan dan keprihatinan.

Namun bila mana ia menjadi rutin tahunan sudah pastilah perasaan tertunggu-tunggu akan membuak-buak dan terpahat di setiap jiwa pekerja yang menantikan dengan penuh harap.

Bonus dan kenaikkan gaji adalah hak prerogatif majikan dan hanya kesatuan sekerja boleh mengadakan perundingan kolektif bersama majikan itu pun berasaskan kepada laporan keuntungan syarikat.

Kredit foto: FB Friends of Posmen


Sementara itu, pakar ekonomi mengunjurkan tahun ini pendapatan Pos Malaysia kekal rugi dengan angka lebih kecil iaitu RM9.6 juta dan keuntungan bersih RM9.8 juta hanya mampu diperoleh pada tahun hadapan berikutan kenaikkan tarif selepas 10 tahun yang bermula Februari 2020.

Kesimpulannya, konflik yang berlaku ketika ini antara Pos Malaysia Berhad dan individu penghantar surat harus diselesaikan dengan berhemat agar sesuatu yang tidak diingini boleh berlaku.

Kebarangkalian konflik pemberian bonus ini akan berpanjangan jika tidak menemui jalan penyelesaian yang tuntas dan berkesan.

Diharap Pos Malaysia dapat memberikan maklum balas lanjut berkenaan bonus dan tabungan wang pekerja agar menjadi pencerahan yang konkrit dan melegakan senua pihak. - KitaReporters

Kredit foto: FB Friends of Posmen

11
4
31
5
17
You will be interested