Seni & Sukan 17 May, 2020

Persatuan penerbit filem, TV rayu dibenar mula kerja 1 Jun!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENGGIAT industrI filem dan televisyen tanah air merayu dibenarkan memulakan kerja mulai 1 Jun 2020 dengan alasan mahu kembali memberi pekerjaan kepada sekitar 100,000 pekerja seni. Sehubungan itu, mereka menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. : KitaReporters


Antara kandungan surat terbuka kepada Perdana Menteri. - Kredit foto: IG pfm.


Surat terbuka bertarikh Rabu, 13  Mei 2020 itu, ditandatangani empat persatuan terbabit iaitu Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) dan Persatuan Dokumentari Malaysia (MYDOCS).

Pihak persatuan kecewa dengan langkah kerajaan membenarkan sejumlah perniagaan kembali bergerak, tetapi tidak meliputi bidang industri kreatif.




Pihak persatuan mendakwa tidak membenarkan bidang perfileman kembali bekerja menjejaskan pendapatan sekitar 100,000 orang pengiat industri seni tanah air.

Gabungan persatuan ini berjanji akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalani penggambaran.

Selain itu, mereka berjanji akan melakukan pengubahan skrip, screenplay serta melakukan trick shot bagi mengelakan sentuhan badan pelakon dan krew.

Bagaimanapun sesuatu penggambaran hanya boleh dilaku setelah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)  mengeluarkan sijil perakuan produksi (SPP).

Finas sejak Mac 2020 sudah memberhentikan pengeluaran SPP. 

Dan menurut jurucakap Finas, SPP hanya diberi mengambil kira keputusan kerajaan mengenai SOP mengawal penyebaran Covid-19.

Sementara itu pada Jumaat, 15 Mei 2020, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedudukan industri perfileman akan ditentukan selepas perayaan Aidilfitri. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested