Seni & Sukan 02 Aug, 2021

Video| Nikita kesal hotel kuarantin Covid-19 5 bintang tapi servis teruk! Rasa macam banduan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Nikita Mirzani kesal pulang dari luar negeri tidak diberi layan baik di hotel kuarantin. Kredit foto: Suar-Suar Channel

SELEBRITI sensasi Indonesia, Nikita Mirzani Mawardi yang suka memaparkan cerita sensasi, kini memaparkan berita sensasi terbaharu yang dihebahkan dalam media sosial dan media cetak dan elektronik. 

Janda seksi 4 anak berusia 35 tahun ini mendedahkan terdapat hotel mewah yang menjadi hotel kuarantin Covid-19 tidak memberi servis baik kepada penghuni.
Menurut bintang yang turut dipanggil ‘Nyai’ ini, pihak hotel menaikkan harga penginapan 2 kali ganda, namun perkhidmatannya begitu mendukacitakan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nikita Mirzani


Nikita kata dia sanggup keluar duit banyak untuk sewa empat bilik hotel 5 bintang, namun servisnya mendukacitakan. - Kredit foto: Kompas.com

Katanya, individu yang dikuarantin wajib apabila pulang dari luar negara, diberi layanan tidak sepatutnya dengan diri mereka seolah-olah dianggap pesakit Covid-19.

Katanya, cadar dan tuala tidak diganti berhari-hari dan makanan diberi tidak sempurna. Pekerja hotel tidak masuk  bagi membersih hotel selama dikuarantin.

Kami menjadi seperti banduan. Tidak dibenar keluar dari bilik namun keadaan bilik menyesakkan,” kata Nikita dalam dalam YouTube ‘Cuar-Cuar’.

Nikita berpeluang bercuti di Turki ketika pandemik Covid-19 melanda Indonesia. - Kredit foto: IG Nikitamirzanimawardi172


Sebelum ini Nikita menerima banyak maklumat mengenai ketidakselesaan sejumlah hotel yang dijadikan hotel kuarantin.

Dan akhirnya Nikita mengalami pengalaman sendiri apabila dia dan krewnya seramai 8 orang terpaksa menjalani kuarantin selama 8 hari selepas kembali dari Turki untuk bercuti dan penggambaran.

Nikita terus lantang mengkritik pihak tertentu mengenai layanan kurang baik kepada orang yang dikuarantin kerana pulang dari luar negara. - Kredit foto: IG nikitamirzanimawardi172



Menurut Nikita, sebaik tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tanggerang dan selepas keluar dari kawasan lapangan terbang dia didatangi  petugas Jabatan Kesihatan yang menawarkan beberapa hotel kelas sederhana sebagai hotel kuarantin.

Namun kesemua hotel yang dicadang penuh lalu menyebabkan Nikita menempah hotel bertaraf 5 bintang di Jakarta.

Nikita terkejut apabila tiba di lobi hotel, harga yang ditawar meningkat dua kali ganda daripada harga yang diberitahu ketika di lapangan terbang.


..


Walaupun tidak berpuas hati dengan kadar hotel, namun kerana sudah letih, Nikita akhirnya menempah 4 bilik untuk dia dan krewnya.

Namun Nikita merasa dirinya seperti banduan sepanjang 8 hari dikuarantin. Bilik hotel tidak boleh dibuka untuk melihat bahagian luar. 

Selain itu, Nikita kesal apabila mereka dilayan seperti pesakit Covid-19 lalu menyebabkan pekerja dan pegawai hotel takut untuk mendekati mereka bagi memberi layanan yang sempurna sebagai penyewa bilik hotel.  


...


Menurut Nikita dalam saluran YouTube  ‘Cuar-cuar', dia terpaksa menghebahkan  perkara ini untuk kepentingan orang yang bakal dikuarantin dan menyedarkan pihak yang menyediakan kemudahan kuarantin agar bersifat manusiawi. Ia juga bagi menyedarkan pihak kerajaan agar memilih hotel yang bertanggungjawab.

Nikita selain menjadi selebriti terkenal, juga adalah ahli peniagaan berjaya yang tiada masalah membayar mahal hotel kuarantin tetapi perlu memberi servis yang baik. - KitaReporters

Nikita mengalami masalah yang sama seperti yang pernah diberitahu sejumlah kenalan terdahulu. - Kredit foto: IG nikitamirzanimawardi176.

0
0
2
0
0
You will be interested