Sasha Elite, 43, berkahwin buat kali ketiga pada Selasa, 21 Januari 2020 dengan Sirhan Wahab, 43. yang kini bermaustatin di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Pernikahan yang berlangsung di The Sanctuary, Kuala Lumpur dihadiri keluarga rapat sahaja. Bagaimanapun rakan-rakan Elite iaitu Azza Zawari, Linda Rafar dan Watie Sadali turut hadir.
Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,000 dan tiga dulang hantaran berbalas lima dulang oleh pihak perempuan.
Sasha dan Sirhan merupakan kenalan ketika di tadika, kemudian putus hubungan dan kembali rapat sejak tahun lalu dalam pertemuan dalam satu majlis anjuran teman.
Pada 2007, dia berkahwin pula dengan seorang jurufoto Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012.
Hasil perkahwinan dengan Salyo, Sasha dikurniakan anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono, kini berusia 10 tahun. Sirhan pula adalah duda dua anak.
Memandangkan Sirhan bertugas dalam bidang kewangan di Dubai, Sasha dan anaknya bercadang untuk berpindah ke kota kaya raya itu. - KitaReporters.com