Seni & Sukan 21 Jul, 2023

Gila Hindustan| Video| Kajol berpisah dengan Ajay? Tabu orang ketiga? Perkahwinan boleh bertahan?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



SEKALI kena dicurangi suaminya, Ajay Devgn, kali ini nampaknya Kajol merajuk panjang seakan mahu 'melepaskan' suaminya yang suka sangat menjalin hubungan di luar set penggambaran dengan pelakon wanita yang mendampinginya.

Dulu ketika bersama pelakon panas yang dilabelkan penyondol di Bollywood, Kangana Ranautajay, Kajol mengugut akan keluar rumah mereka dengan membawa dua anaknya membuatkan Ajay begitu "takut" dan segera pulang ke pangkuan Kajol. 

Dan kali ini, apabila terbabit dengan Tabu, bekas kekasihnya, kehangatan cinta yang kembali semarak itu nampaknya menggugat cinta Kajol sekali lagi. Malah apabila viral Tabu berpoya-poya ketika pelancaran filem Bholaa jelas menampakkan mereka ada 'kisah' di sebalik tabir Bollywood.


Sesi membeli hati, akhirnya Ajay berjaya memenangi hati Kajol dan anak-anak. Mereka tak jadi bercerai?



Berita Bollywood Wallah melaporkan Kajol betul-betul 'makan hati" sehingga dia mahu mendakwa suaminya sebagaimana filem terbaharu yang dibintanginya, The Trial tanpa memberi alasan kenapa dia mahu membicarakan suaminya. Malah dalam TikTok Kajol, dia dikatakan lebih selesa dan mampu meneruskan hidup tanpa Ajay.

Akhirnya dua tiga hari lalu, pertengahan Jun 2023 video memaparkan Ajay-Kajol sedang bersuka ria menghabiskan cuti dengan anak-anak mereka sekali gus menafikan krisis rumah tangga pasangan itu dikatakan sudah berkecai tapi tidak didaftarkan.

Kajol dipuja oleh peminatnya di seluruh dunia dan ramai mahu dia dengan Shah Rukh Khan (SRK) "berkahwin" kerana pasangan itu bukan saja hebat  beraksi di layar perak, malah cara layanan SRK terhadap Kajol jauh lebih baik. 

Filem-filem lakonan mereka meletup setiap kali disiarkan di pawagam.


S.No.Movie NameYearIMDb Rating
1.Dilwale Dulhania Le Jayenge19958
2.Karan Arjun19956.8
3.Kuch Kuch Hota Hai19987.5
4.Kabhi Khushi Kabhie Gham20017.4
5.Kal Ho Naa Ho20037.9
6.Kabhi Alvida Naa Kehna20066
7.Om Shanti Om20076.7
8.My Name Is Khan20107.9
9.Dilwale20155

10 Film Kajol yang Patut Ditonton dan Bikin Bollywood Makin Dikenal Dunia

Dua lelaki dalam hidup Kajol. Satu kekasih di dalam filem dan suami di rumah.


Peminat geram dan marah melihat Kajol dilayan begitu dingin oleh Ajay dalam acara membabitkan bintang Hollywood tetapi dengan artis wanita lain, Ajay siap berpeluk manja. 

Jauh berbeza ditunjukkan oleh SRK yang bukan saja memperlihat sedang 'bercinta' setiap kali bertemu, pastinya SRK memeluk mesra Kajol.

Kajol-Ajay bertemu pada 1994 ketika membintangi filem, Gundaraj dan selepas 24 tahun berkahwin, tidak hairan bagi pelakon Kuch Kuch Hota Hai (1998) dia sudah serik melalui ujian rumah tangga dalam industri Bollywood yang membuatkan dia tawar hati pada Ajay sehingga sanggup melakukan babak panas dalam The Trial yang dilancarkan 14 Julai 2023 lalu, menggembarkan peminatnya kerana Kajol jarang beraksi panas.

Lebih bertambah pahit bila Ajay dilaporkan membelikan Tabu sebuah banglo dan sehingga kini Tabu dilaporkan tidak berkahwin dan menunggu lamaran daripada sang kekasihnya.

Tabu akan mengulang kisah sebagaimana dilalui Rekha dan Amitabh Bachchan yang dilaporkan bersekedudukan kerana cinta terlarang mereka adanya Jaya Bhaduri-Bachchan.




Dilaporkan Ajay agak cemburu persahabatan Kajol dengan SRK yang juga digosipkan bercinta di luar lokasi filem. Malah ada peminat menyifatkan filem Diwale sarat dengan momen percintaan pasangan itu dan adegan nyanyian yang sangat romantik dicipta khas untuk Kajol-SRK.

Dalam satu temu bual dengan majalah Women's era, Shah Rukh menafikan desas desus dia bercinta dengan Kajol. ''Kajol ini anak makcik Tanuja, dah macam adik saya malah isteri saya, Gauri juga suka dia," kata SRK.

Shah Rukh Khan secara tegas memberitahu dia pun ada maruah dan faham sempadan perhubungan. 

"Saya sangat hormat pasangan pelakon saya dan pernah berkerja serta digosipkan dengan  Juhi, Madhuri, Manisha, Shilpa, Sonali, Nagma, Suchitra, Krishnamurti dan Urmila.

"Sebab itu juga saya tidak pernah menemani mereka pulang ke rumah. Kecantikan aktres ini memang mengkagumkan saya. Dan saya juga bukan seorang gay. Saya mesti jaga aib mereka," katanya. - KitaReporters


21
29
0
19
0
You will be interested