Ketika ini di kem badminton Malaysia nampaknya timbul sedikit kekecohan kecil apabila legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei seperti kurang senang dengan tindakan Lee Zii Jia berkenaan isu penaja sewaktu latihan.
Hal ini kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah keluarkan garis panduan iaitu pemain tidak dibenarkan memakai pakaian tajaan selain kebenaran BAM ketika latihan diadakan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Perkara ini menyebabkan Zii Jia bersama ketua jurulatihnya, Wong Tat Meng tidak berpuas hati dengan peraturan tersebut.
Melihat perkara itu semakin serius, Chong Wei segera menegur agar mereka agar tidak menjadikan isu itu sebagai punca perbalahan dan menimbulkan sesuatu yang kurang baik.
Katanya, perkara ini mungkin boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada pasukan dalam kejohanan akan datang.
Biarpun setiap pemain terikat dengan kasut, baju, reket dan tajaan-tajaan lain, tetapi sepatutnya isu ini harus diselesaikan dengan baik.
Mereka ketika ini dalam fasa latihan sebelum terbang ke Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada minggu depan.
Zii Jia adalah prospek masa depan untuk Malaysia mendapat pingat emas dalam kejohanan Olimpik Paris pada tahun hadapan (2024) namum prestasi kurang meyakinkan dalam beberapa kejohanan sebelum ini membuatkan pemerhati sukan sedikit gusar dengan prestasi beliau.
Moga pemain kelahiran Kedah ini akan bangkit berada pada prestasi terbaiknya. - KitaReporters