
Itulah yang dibukti oleh filem ‘Babah’ apabila diumumkan berjaya menewaskan empat filem berkos tinggi, aksi dan penggunaan teknikal berprestasi tinggi.

‘Babah’ bertema kekeluargaan yang mula ditayang pada 5 Disember 2024 mendapat kutipan memberansangkan dengan memperoleh jualan tiket sebanyak RM7.09 juta walaupun kos pembikinannya di bawah RM1 juta.
Filem ini mengisahkan kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah, Isyak, terhadap anak perempuannya, Maya, yang berjuang dengan Sindrom Guillain-Barré.

Dalam FFM 34, ‘Babah’ berjaya memperoleh enam trofi iaitu Filem Terbaik, Pengarah Harapan (Mohd Shah Faizul), Cerita Asal Terbaik (Nadia Nadzri), Lakon Layar Terbaik (Wan Rafiq), Pelakon Wanita Terbaik (Sweet Qismina) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali).
Kejayaan filem ‘Babah’ dijangka mendorong ramai pengiat seni untuk menghasilkan filem bajet rendah tetapi tetap mampu mendapat hasil yang selesa.
Bahkan sumbangan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta Kementerian Komunikasi menjadi pendorong ramai ingin membuat filem bajet rendah. - KitaReporters

Berikut adalah keputusan lengkap 30 kategori FFM34 pada Sabtu,1 November 2025:
1. Filem Terbaik: Babah (Nads Media Entertainment)
2. Pengarah Terbaik: Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)
3. Pengarah Harapan: Shah Faizul (Babah)
4. Cerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)
5. Lakon Layar Terbaik: Wan Rafiq (Babah)
6. Pelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)
8. Pelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)
9. Pelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
11. Pelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)
12. Anugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib
13. Anugerah Khas Sepanjang Zaman: Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
14. Anugerah Khas Juri 2: Takluk: Lahad Datu (Multimedia Film Production Sdn Bhd)
15. Anugerah Khas Juri 1: Ejen Ali The Movies 2 (Wau Animation & Primeworks Studios)
16. Aksi & Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)
17. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
18. Penyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)
19. Sinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)
20. Penataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
21. Skor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life – Muhammad Zaiff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzai
22. Penataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)
23. Lagu Tema Terbaik: Bara Jiwa – Azlan & The Typewriter & Muzza (Blood Brothers: Bara Naga)
24. Dokumentari Terbaik: Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad)
25. Filem Pendek Terbaik: Saranghae (Rastech Worldwide Sdn Bhd)
26. Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
27. Tatarias/Solekan Terbaik: Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu)
28. Kesan Khas Visual Terbaik: Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)
29. Poster Terbaik: Tegkang (Arst)
30. Filem Box Office: Blood Brothers: Bara Naga (Skop Productions Sdn Bhd)