Seni & Sukan 25 Nov, 2022

Video| Allah selamatkan kamu! Awie rai hari kelahiran ke-54 di Mekah! Luahkan berbanyak kesyukuran!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Maulana Helmi bergambar dengan anggota Wings ketika mengerjakan umrah. - Kredit foto: FB Maulana Helmi


Penyanyi rock legenda, Awie atau Datuk Ahmad Azhar Othman tahun ini menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 dengan cara berlainan.

Kebetulan ketika hari jadi itu Awie bersama anggota Wings yang lain sedang mengerjakan umrah. Justeru, anggota Wings serta beberapa warga Malaysia yang sedang mengerjakan umrah meraikan hari jadi Awie di kota Mekah.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Awie Search


Rakan-rakan jemaah menyanyikan lagu  ‘Allah Selamatkan Kamu’ buat Awie yang masih bertahan dalam industri hiburan tanah air.

Peristiwa itu dipapar dalam Facebook Maulana Helmi yang turut menjalankan umrah.

Awie dan anggota Wing yang lain mengerjakan umrah sejak 16  November 2022.

"Terima kasih banyak-banyak. Syukur dalam banyak-banyak tempat, kita ditemukan di Mekah al Mukarramah ini. Saya sangat-sangat gembira dan terima kasih Datuk Mat yang merealisasikan impian ini untuk membawa bersama sahabat dunia akhirat saya.  Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya," katanya yang kelihatan sangat ceria.


Awie terharu diraikan majlis hari jadi ke-54 oleh rakan-rakan jemaah di Mekah.

Sebelum menunaikan umrah, Wings mengumumkan bakal berehat panjang sebaik pulang dari mengerjakan umrah dan akan menyusun semula jadual seni selepas Aidilfitri, tahun depan (2023).

Namun, mereka akan beraksi buat kali terakhir menerusi Konsert Wings Ceritera Rakyat yang akan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 3 Disember 2022 ini sebagai penutup 2022. 

Konsert terbabit diadakan sempena malam kemuncak Festival Folklore Antarabangsa Petaling Jaya (PJ Folklore) anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang bermula 28 November hingga 4 Disember 2022 ini. 

Ia membabitkan 31 program secara percuma seperti PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa dan lain-lain. - KitaReporters




6
14
0
7
0
You will be interested