Seni & Sukan 27 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Juara bertahan teruskan rentak kemenangan! Thailand mudah tundukkan Filipina!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JUARA bertahan, Thailand tidak berhadapan masalah besar untuk menundukkan Filipina 4-0 dalam aksi peringkat kumpulan A Piala AFF 2022 yang diadakan di Thammasat Stadium pada 26 Disember 2022.

Dua jaringan daripada Teerasil Dangda, dan satu , masing-masing daripada Adisak Kraisorn dan Suphanan Bureerat sudah cukup untuk memastikan mereka terus kekal pendahulu kumpulan A. 


Lagi



Kedua-dua pasukan ingin mata kerana masih ada peluang untuk ke pusingan seterusnya namun Thailand lebih garang.  

Bermain di halaman sendiri memberi kelebihan dan berjaya mendapatkan jaringan seawal minit ke-3 menerusi Teerasil sebelum ia sekali lagi mengukuhkan kedudukan 2-0 pada minit ke-41. 

Filipina pula kelihatan sukar untuk bermain dalam perlawanan ini dan memberi pemain Thailand untuk bergerak terlalu bebas untuk menyusun serangan.



Babak kedua, skuad Gajah Perang terus menambah derita Filipina apabila Adisak meledak jaringan ketiga sebelum Suphanan melengkapkan kemenangan Thailand pada minit ke-63. 

Kemenangan ini tidak mengejutkan dan sepatutnya Thailand boleh menambah lebih banyak jaringan untuk deretan peluang yang hadir dilepaskan begitu sahaja. 

Pada 29 Disember 2022 ini, Thailand akan berkunjung ke Jakarta untuk bertemu Indonesia bagi aksi ketiga peringkat kumpulan. 

Pertemuan ini ibarat perlawanan akhir ulangan selepas mereka berjumpa sebelum ini menyaksikan Thailand menjulang piala. - KitaReporters


Kredit foto-foto: Fb Thailand Football 

13
11
0
8
0
You will be interested