Seni & Sukan 17 Jul, 2022

Terbaiklah! Peneroka FELDA Terengganu sumbang RM1.3j kepada Wakaq FELDA! Yang lain-lain bila lagi?

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sebahagian jemputan yang hadir pada Majlis Korban Perdana FELDA di Masjid Lapan Kubah, Kampung Lapan Kotak, Jertih pada 12 Julai 2022.


PENUBUHAN Waqaf FELDA memberi peluang kepada golongan peneroka untuk menyumbang selain menyuburkan kesinambungan wakaf sebagai ibadah yang menstrukturkan sistem ekonomi keseluruhannya, di samping menjadi pencetus kejayaan dalam keberkatan khususnya bagi Felda, sekali gus mengembalikan kegemilangan organisasi ini. 

Wakaf FELDA dijangka mampu menjadi salah satu mekanisme sebagai kuasa ketiga (third force) dalam membantu merancakan serta memulihkan ekonomi negara pascapandemik selain turut berperanan menyediakan peluang perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKA)


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan agensi FELDA

Ketua Peneroka FELDA Terengganu bergambar kenangan bersama Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusan FELDA.


Pelancaran Wakaf FELDA  yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun 2021 turut menyasarkan untuk menguruskan aset bernilai RM500 juta menjelang tahun 2030.

Peneroka FELDA Terengganu tidak ketinggalan menyahut seruan untuk mengumpul dana bagi memberi sumbangan kepada penubuhan wakaf berkenaan.

Bagi merialisasikan hasrat tersebut, sejumlah RM1.3 juta berjaya dikutip daripada peneroka dan kakitangan FELDA Terengganu untuk diwakafkan kepada Wakaf FELDA.


Dzulkifli Abd Wahab (kiri) menyerahkan replika cek RM20,000 sumbangan FGV kepada Pengerusi Masjid Lapan Kubah, Ismail Jaafar.


Seramai 28 ketua peneroka daripada 28 Rancangan Tanah FELDA seluruh Terengganu menyerahkan sumbangan terkumpul kepada Wakaf FELDA dalam satu majlis sempena Majlis Korban Perdana FELDA yang berlangsung di pekarangan Masjid Lapan Kubah, Kampung Lapang Kotak di Jertih, Terengganu pada 12 Julai 2022.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof mewakili Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh, menerima sumbangan tersebut.

Hadir sama Pengerusi FGV Holding Berhad, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf FELDA Che Razwan Che Ros.


Sukarelawan FELDA sedang melapah daging lembu korban


Sempena majlis itu sebanyak 10 ekor lembu sumbangan FGV Holding Berhad dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Pengagihan daging korban tersebut adalah pertama kali dilakukan oleh FELDA kepada penduduk yang tinggal di luar kawasan FELDA. - KitaReporters


Muhamad Pehimi (bersongkok) menyampaikan daging korban kepada seorang asnaf

5
16
1
13
0
You will be interested