Seni & Sukan 07 Oct, 2022

Video| Siti Nurhaliza lebih suka Aafiyah jadi ahli bisnes, politik! Tapi tak halang jadi penyanyi!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pasangan suami isteri yang bahagia memperoleh dua anak comel

SEJAK sekian lama, menjadi impian sebahagian golongan artis berminat anak mewarisi bakat mereka sebagai pelakon atau penyanyi. Dan sebahagian anak-anak itu mampu berjaya dalam bidang seni. 

Kini ramai yang ingin melihat Siti Aafiyah Khalid, 4, mewarisi bakat nyanyian ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Mak Iti).

Beberapa video dalam media sosial memperlihatkan Aafiyah menyanyi malah turut diminta Mak Iti mengikut beberapa bait nyanyiannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Sit Nurhaliza

Aafiyah sudah melihatkan minat dalam bidang muzik dan tak mustahil menjadi penyanti tidak lama lagi.


Dalam usia 4 tahun, Aafiyah yang lahir pada 19 Mac 2018 sudah didedah dengan muzik. Dia kini belajar bermain piano dan mampu memainkan beberapa lagu nota lagu dengan bimbingan gurunya.

Melihat anaknya sudah melihatkan minat dalam bidang muzik, Mak Iti tidak melarang Aafiyah untuk menjadi penyanyi jika dia benar-benar berminat. Tetapi secara jujur dia tidak menggalakkan anaknya menjadi insan seni kerana banyak dugaannya.

Mak Iti berkata demikian dalam sidang akhbar sempena persembahan eksklusif ‘A Night To Remember’

Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di Johor Bahru pada Khamis, 6 Oktober 2022.


/


Menurut Siti Nurhaliza, dia lebih suka anaknya menjadi ahli perniagaan atau ahli politik. Untuk itu Aafiyah akan diberi pendidikan setinggi boleh

Adik lelakinya, Muhammad Afwa baru berusia setahun lebih.

Tambahnya, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga berharap si anak mampu mewarisi perniagaannya.

“Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.

“Namun sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni. 

“Saya bersyukur telah dijaga dengan baik oleh kedua-ibu ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya ketika menjawab pertanyaan media sama ada dia menyokong minat anaknya itu.



Tambah penyanyi dua anak ini dia akan berasa lebih gembira sekiranya anak perempuannya itu tidak memilih untuk menjadi seorang seniman.

“Bakat itu adalah anugerah Allah, seperti saya sendiri yang menerimanya daripada ibu saya, tinggal lagi apakah pilihan dirinya sendiri, sebagai ibu bapa saya perlu sokong cuma dia ada pilihan sendiri apabila dewasa nanti.

“Sebagai ibu saya juga berasa risau sama ada dia mampu ke tidak (berjaya dalam bidang seni), sama ada dia akan hanyut atau tidak, ini adalah kerosakan saya sebagai ibu bapa, sama seperti yang ibu saya alami.

“Jadi saya lebih berasa gembira kalau dia memilih untuk menjadi seorang ahli politik atau lain-lain,” tambahnya.



Sementara itu menyentuh persembahan eksklusifnya selama 2 jam pada 18 dan 19 November 2022 ini yang turut menjemput artis undangan Khai Bahar dan Aina Abdul.

Katanya persembahan ekslusif ini untuk memberi kepuasan kepada peminatnya di selatan tanah air, Singapura dan pulau Batam, Indonesia. - KitaReporters


8
7
0
13
0
You will be interested