KEMUNCULAN pemain Terengganu, Faisal Halim dalam rancangan Sepahtu Reunion Live Tour di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mencuri perhatian penonton dan juga peminat bola sepak.
Faisal diundang khas sebagai cameo membawa sebagai nurse (jururawat lelaki) dan dilihat beliau tidak begitu kekok melakonkan watak itu.
Penonton juga terhibur melihat reaksi pemain apabila diusik oleh Muhd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepahtu.
Malah, ketika pemain ini mula muncul, para peminat di dalam stadium secara serentak menjerit dan memberi sokongan padu kepada Faisal.
Ini jelas menunjukkan pemain muda ini mempunyai peminat yang cukup besar di Terengganu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain bola sepak Faisal Halim
Dalam media sosial juga kesemuanya memberi tumpuan kepada pemain ini apabila menjadi artis undangan.
Biarpun kemunculan itu hanyalah seketika namun ia cukup mengamatkan suasana di dalam stadium.
Faisal menjadi atlet bola sepak kedua muncul di rancangan tersebut selepas Safee Sali membuat debut pertama pada tahun 2021.
Faisal baru sahaja sampai di Terengganu selepas pasukannya ada perlawanan di Pahang untuk saingan Piala Malaysia. - KitaReporters