Seni & Sukan 16 Aug, 2022

Video| Tarik balik lesen P! King buat hal lagi! Parkir di laluan OKU! Undang kemarahan orang ramai!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN seorang pemandu yang menggunakan pelekat P (pemandu baharu) pada kenderaan Perodua MyVi miliknya meletakkan keretanya di laluan tanjakan (ramp) untuk individu orang kurang upaya (OKU) sehingga menyukarkan pergerakan OKU undang kecaman orang ramai.

Berdasarakan perkongsian video oleh seorang pengguna media sosial yang bernama @intanharith, menunjukkan situasi beliau mengalami kesukaran untuk menurunkan bapanya yang menggunakan kerusi roda sehingga terpaksa melalui jalan yang agak jauh setelah parkir khas yang disediakan untuk golongan OKU dihalang oleh pemilik kenderaan MyVi itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang kurang upaya (OKU)



Betul la orang cakap, organ paling mahal adalah otak. Sebab jarang guna, tularkan,” luahnya menerusi ruangan kapsyen dalam aplikasi TikTok.

Video tular tersebut telah menarik perhatian ramai yang menyatakan pemandu tersebut amat mementingkan diri dan memohon pihak penguat kuasa bertindak dengan menarik balik lesen P yang dilihat dimiliki pemandu itu berdasarkan pelekat P yang ditampal pada kenderaannya.



“Jika pemandu mempunyai lesen P, mohon pihak Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ) menarik balik lesen P yang anda berikan kepada pemandu itu,” kata @PuteriBongsu.

“Batalkan lesen pemilik kerana menyusahkan orang yang susah,” ujar @MohdHanafi.

“Kenap King selalu buat hal?,” soal @AlongDeejay-HotDJ. - KitaReporters


11
10
0
11
0
You will be interested