Seni & Sukan 11 Sep, 2022

Video| Akhirnya bertemu jodoh! Pada usia 36 tahun! CEO pikat hati Sharifah Amani ke jenjang pelamin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya akhirnya bertemu jodoh ketika berusia 36 tahun.

Ahmed Faris Othman, 34, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated berjaya meluluhkan hati anak kedua kepada pelakon veteran dan guru lakon Fatimah Abu Bakar ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Sharifah Amani


Dengan sekali lafaz, Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada Ahmed Faris pada satu majlis tertutup di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada jam 10.16 pagi hari Sabtu, 10 September 2022.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.



Pada majlis berkonsep rona putih yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Beberapa rakan artis turut hadir. Antaranya Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.



Sharifah Amani yang mesra disapa Nani, bersyukur perancangan hari bahagia sejak beberapa bulan lalu lancar.

Sharifah Amani yang meraih trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 melalui filem ‘Gubra’ pada 2006, bertunang dengan Ahmed Faris pada Jun 2022 tanpa dihebahkan.

Tapi melalui satu hantaran Instagram (IG), Sharifah Amani berkongsi foto memaparkan cincin pada jari manis dan kelibat jejaka dipercayai tunangnya, di belakang.

Pasangan ini merancangkan untuk berbulan madu di luar negara hujung tahun 2022 ini.



Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu ketika Sharifah Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi diketuai Ahmed Faris.

Bagaimanapun tiga tahun perkenalan itu tidak ada perasaan cinta kerana bekerja secara profesional.

Bagaimanapun selepas fasa Covid-19 ketika masing-masing masih solo lalu cinta bertandang hingga diikuti dengan bertemu jodoh.

Mengenai peribadi suami, Sharifah Amani tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris yang pandai dan bijak mengambil hatinya.



Sementara itu, Ahmed Faris juga menyenangi peribadi dan karakter Sharifah Amani yang disifatnya sebagai baik hati, pemurah dan penyayang.

Pasangan ini tidak menolak rezeki jika diberi zuriat awal. 

Sementara itu Sharifah Amani dan Ahmed Faris akan kembali bergiat dengan karier masing-masing selepas berkahwin.

Majlis resepsi berlangsung pada malam Sabtu, 10 September 2022 di premis yang sama. - KitaReporters


17
14
0
10
0
You will be interested