Seni & Sukan 30 Aug, 2022

Video| Salam Keluarga Malaysia! Empat pemuda India rap Melayu! Sampaikan mesej sempena kemerdekaan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this



PERKONGSIAN video empat pemuda berbangsa India menghasilkan lagu rap yang mengandungi mesej serta luahan sebagai anak Malaysia menerusi bait-bait yang disampaikan sempena bulan kemerdekaan ini raih perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang bernama @vikarworld, menunjukkan sekumpulan pemuda itu tampil dengan membawa unsur mesej serta luahan sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa India.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu rap dan rapper


Rap mengenai orang India di Malaysia. Ini lagu kemerdekaan daripada kami,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial amat memuji usaha mereka dalam menyampaikan mesej yang menggambarkan situasi terkini serta menghargai bakat yang ditonjolkan melalui video rap mereka itu.



“Mantap bang, warna kulit tidak menentukan diri kita siapa, darah sama merah, semerah jalur gemilangku,” ujar @HanifLoid.

“Tidak kisah, kulit hitam, coklat atau putih, yang penting baik hati,” tulis @PeterOfficial18.

“Saya Melayu tetapi rasa amat bangga dengar rap ini, rasa kasih sayang itu,” kongsi @AriefKhair. - KitaReporters


14
10
0
14
0
You will be interested