Seni & Sukan 19 Jan, 2023

Video| Sharnaaz terus fokus kepada kerjaya! Hadapi pertuduhan menumbuk, menendang! Ngaku tak bersalah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Sharnaaz kelihatan tenang menghadapi tuduhan di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2023.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 38,  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Kuala Lumpur pada Rabu, 18 Januari 2023 atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun 2022. 

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.



Mengikut pertuduhan, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, yang mendiami kondominium sama didakwa menumbuk dan menendang mangsa selepas rakannya hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ. 

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum aktor itu datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. 

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa Sharnaaz menumbuk dan menendang muka, dada, perut serta bahagian belakang badan selain mengugut untuk membunuh. 

Sharnaaz hadir ke mahkamah kira-kira jam 9:35 pagi dengan memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan ditemani pengurus serta dua orang peguam. 

Sharnaaz kelihatan tenang dan sempat menyampaikan salam serta mengucapkan selamat pagi kepada lebih 10 pengamal media yang merakam foto serta videonya. 



Sebelum ini, Sharnaaz telah direman selama tiga hari pada 16 Jun 2022 bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, pada prosiding sama, Shaarnaz diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin manakala kes itu akan disebut semula pada 6 Mac 2023 bagi serahan dokumen.

"Nak kata saya salah atau betul, itu bukan saya atau sesiapa boleh tentukan. Jadi, kita serahkan pihak mahkamah yang lebih arif," demikian kenyataan Sharnaaz kepada media selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Kuala Lumpur kerana dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 Kanun Keseksaan.

Sharnaaz menganggap apa yang terjadi adalah warna-warna dalam kehidupan dan ia tidak menjejas tumpuannya dalam menjalani penggambaran filem 'The Original Gangster' arahan Syamsul Yusof. - KitaReporters

11
11
0
15
0
You will be interested