Gaya Hidup 22 Jan, 2021

PKP: Beringat la awang wehh! Kompaun RM1,000! Jalan tikus dah tak selamat! Ada 25 sekatan jalan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Polis mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengekang pergerakan kenderaan oleh orang ramai


PENGGUNAAN  “jalan tikus” yang menjadi laluan alternatif kepada orang ramai untuk merentasi sempadan Kelantan-Terengganu bagi mengelak Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membabitkan kedua-dua negeri tersebut mungkin sudah tidak lagi selamat kepada pengguna jalan raya. 

Ini berikutan polis Terengganu akan meningkatkan lagi pemantauan jalan tikus terbabit bagi mengelak pemandu kenderaan menggunakan laluan alternative tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sekatan Jalan Raya:

https://kitareporters.com/search?search=sjr



Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya mengenal pasti ada 10 pintu masuk jalan tikus antara Kelantan dan Terengganu yang sering digunakan oleh orang ramai bagi mengelak mereka menggunakan laluan biasa kerana adanya SJR.

Katanya, selain Besut pihaknya juga mengesan ada dua jalan tikus di daerah Kemaman yang bersempadan dengn Kuantan, Pahang.

Beliau berkata,  polis akan meningkatkan operasi khas secara berkala di laluan berkenaan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP

"Kita akan melaksanakan 25 sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh PKP di lokasi dikenal pasti bermula 22 Januari 2021 sehingga tempoh PKP 2.0 ditamatkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Terengganu  pada Khamis 21 Januari 2021.


Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik


“Pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan menggunakan 20 SJR mobile yang bergerak kadang-kadang empat jam atau enam jam daripada satu tempat ke satu tempat di beberapa lokasi iaitu empat di Setiu, Kuala Terengganu (tiga), Dungun (dua), Kemaman (satu), Marang (tiga), Hulu Terengganu (tiga) dan Besut (empat).

"Manakala lima lagi selama 24 jam bagi mengawal sempadan negeri iaitu RNR Perasing, Paya Berenjut dan Tol Cheneh manakala di Pachakan dan Tok Saboh di Besut," katanya.


Poster yang dikeluarkan oleh Polis Terengganu untuk mengingatkan orang ramai mengenai kepatuhan kepada SOP semasa PKP 2.0


Seramai 1,565 anggota daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertugas dalam penugasan keseluruhan berkaitan COVID-19 dan SJR sepanjang PKP berlangsung sejak 18 Mac 2020.

Katanya, sepanjang PKP 1.0 tahun 2020 pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 1,267 kompaun untuk pelbagai kesalahan dan setakat Januari tahun 2021 ini sebanyak 54 kompaun telah dikeluarkan.

"Antara kesalahan-kesalahan yang paling utama adalah tidak memakai pelitup muka, tidak membuat catatan pada buku daftar, tiada penjarakan sosial dan juga langgar perintah kawalan PKP," katanya.

Roslee berkata, pihaknya terpaksa bertegas untuk memastikan supaya SOP-SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dipatuhi bagi memastikan wabak pandemik ini dapat diputuskan.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan PKP 2.0 sebanyak lapan SJR dilaksanakan selama 24 jam berbanding lima SJR pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini khususnya di pintu sempadan keluar masuk negeri ini.

"Tiga lokasi SJR yang ditambah di daerah Setiu iaitu di Simpang 3 Sungai Tong-Kuala Berang, Kampung Bintang dan Kampung Fikri, manakala selebihnya SJR secara bergerak (mobile) dilakukan mungkin dalam tempoh antara lapan hingga 16 jam, di semua lokasi dikenal pasti bergantung kepada keadaan semasa," jelasnya.

Roslee berkata, seramai 326 orang membabitkan polis dan tentera akan ditempatkan di semua SJR sepanjang pelaksanaan PKP 2.0. - KitaReporters

2
3
2
1
1
You will be interested

Video| Takut kena saman? Cuba ini! Wanita guna coli, seluar dalam tutup nombor plat motosikal!

Gara-gara takut kena tindakan atas kesalahan trafik, seorang penunggang motosikal tutup nombor plat gunakan coli warna kelabu, seluar dalam warna merah jambu

Video| Syabas Ayez Shaukat-Fonseka! Ahli gusti Malaysia muncul di TV Amerika! Reality of Wrestling!

Ayez Shaukat-Fonseka Farid berada di Texas, Amerika Syarikat untuk terbabit dalam 6 episod rancangan Reality of Wrestling bagi tayangan di televisyen negara itu
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Puteri Sarah vs Ira Kazar! Saman selepas 4 tahun diam diri, pulang umrah, solat istikarah!

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akhirnya ambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar sebagai orang ketiga yang ganggu rumah tangga dan kehidupannya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 15 hours ago

Tolong kami! Bantu Ooi Eow Jin! Perlu rawatan Alzheimer! Anak hidapi tumor otak! Positif Covid-19!

Sebak hati tatkala menatap foto Ooi Eow Jin, 84, dan anaknya, Raymond Ooi, 57. Eow Jin hidap Alzheimer, manakala Raymond hidap tumor otak. Kini positif Covid-19
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago