Muhammad Suffi (kiri) menunjukkan sebahagian ikan yang dirampas dari bot asing. - Kredit foto: Berita Harian
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu merampas tujuh tan ikan campur dan tujuh tan ikan baja serta 1,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM6 juta dari empat buat bot asing di perairan negara.
Rampasan itu dilakukan oleh Kapal Malaysia (KM) Nusa yang melaksanakan Op Kuda Laut pada kedudukan antara 77 hingga 78 batu nautika di Kuala Teregganu, pada Selasa 22 Jun 2021.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, tangkapan ini boleh dikatakan agak luar biasa kerana dengan saiz KM Nusa yang kecil dengan kapasiti 12 anggota, kita berjaya menahan empat bot dengan 46 awak-awak serta tekong bot Vietnam.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan APMM
Muhammad Suffi Mohd Ramli
Katanya, kesemua awak dan tekong bot berusia antara 15 hingga 62 tahun sedang menjalani 'swab test' sebelum siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.
“Pihaknya percaya bot-bot
terbabit telah berada dalam perairan negara lebih sebulan. Ketika ini
ditambah pula sepanjang musim sotong ini, kita percaya kemasukan mereka tidak
akan berhenti dan kita akan terus menghantar aset walaupun dengan
keupayaan terhad," katanya pada sidang media pada Rabu 23 Jun 2021.
Beliau berharap, nelayan-nelayan
tempatan akan turut memberikan kerjasama dalam usaha APMM untuk
menjaga perairan negara daripada nelayan asing yang mengaut hasil laut tanpa
kebenaran dan merugikan negara.
"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya. - KitaReporters