BAGI mendapatkan kerja, kita semua perlu melakukan permohonan kerja terlebih dahulu dan menyiapkan diri untuk dipanggil temu duga jika terpilih ke lokasi yang ditentukan.
Adatlah untuk mereka yang ingin bekerja kenalah berkorban untuk ke lokasi tersebut. Selepas proses ini kita juga akan diterima kerja dan diterima kerja di lokasi yang ditentukan untuk mencari rezeki.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam pekerjaan
Tular dalam sebuah portal Singapura, kisah seorang gadis yang berusia 23 tahun di Singapura mohon kerja sebagai pemberi risalah. Ini adalah perkongsian kisahnya dengan bakal majikan sehingga menjadi perhatian semua.
Gadis ini dilihat pada awalnya dalam perbualan tersebut menanyakan lokasi kerja kepada majikan. Beliau dilihat agak meminta untuk memilih lokasi kerja yang berdekatan dengan rumahnya.
Apa yang lebih memeranjatkan, majikan mengizinkan beliau memilih lokasi bekerja, tetapi beliau masih bertanyakan bagaimana arah jalan untuk ke lokasi kerjanya.
Majikannya yang berasa sangat bengang, terus tidak menawarkan kerana sikapnya ini. Lalu mereka berdua bertelagah dengan sangat kurang ajar.
Dari perbualan ini, boleh dilihat majikan ini menegur sikap wanita ini yang tidak mendapat kerja walaupun sudah berusia 23 tahun. Ekoran teguran tersebut, wanita itu bertindak untuk menyaman majikan ini.
Perbualan mereka berakhir setelah wanita ini sekat majikan tersebut.
Perbualan antara mereka tersebar dalam media sosial dan netizen anggap bahawa tindakan majikan itu tidak ambilnya bekerja adalah perkara betul sebab terlalu minta 'disuapkan' semua perkara.
Sebagai pekerja dan majikan, korang rasa siapa yang salah dalam kes ini? - KitaReporters