Seni & Sukan 01 Jun, 2021

Teka-teki Presiden FAM! Siapakah pemain ke-26 Harimau Malaya? Mr. Cools atau Malaysiawan jati?

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

DION Cools berketinggian 1.84 meter dan memiliki kewarganegaraan Belgium. - Kredit foto: FC Midtjylland


BENARKAH seorang bek kanan kelab Denmark, Dion Cools akan menjadi pemain ke-26 Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan kedua, yang bermula pada Khamis ini, 3 Jun 2021?

Pemain kelab FC Midtjylland ini dikatakan layak menyertai skuad Tan Cheng Hoe dengan status warisan kerana mempunyai darah kacukan Belgium-Malaysia dengan desas-desus mengenainya sudah bertiup kencang sejak minggu lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Harimau Malaya



Khabar itu tampak kian menjadi realiti apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin pula membuat satu ‘teaser promo’ dalam klip video terbitan FAMTV selama 19 saat, pada Ahad, 31 Mei 2021. 

“Sekarang waktu jam 8 pagi di Dubai (Emiriah Arab Bersatu - UAE atau 12 tengah hari waktu Malaysia), nantikan ketibaan pemain ke-26 Harimau Malaya," katanya ringkas selepas sempat menengok jam tangannya.

Klip video pada YouTube itu mendapat hampir 120,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.


HAMIDIN Mohd. Amin (baju kuning) dan pengurus pasukan negara, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi. - Kredit foto: FAM


COOLS dianggap berstatus pemain warisan Malaysia kerana dilahirkan di Kuching, Sarawak. - Kredit foto FC Midtjylland


Cheng Hoe, ketua jurulatih negara dalam sidang media dengan wartawan sukan Malaysia secara maya, pada 30 Mei 2021 cuma mengulas, "kami masih fokus kepada 25 pemain dan persiapan penting untuk menghadapi UAE.

“Mana-mana pemain boleh masuk (pasukan negara) dan yang penting, 25 pemain yang kita bawa ini kami berikan tumpuan yang terbaik," katanya.

Namun beliau mengakui barisan benteng sebelah kanan Malaysia jelas longgar sehingga dibolosi enam gol termasuk selepas dikalahkan Kuwait 4-1 di Stadium The Sevens, Dubai dan Bahrain 2-0 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa pada 23 dan 28 Mei 2021 lalu.

Sudah ada lima pemain warisan atau kacukan dalam Harimau Malaya bagi kempen kelayakan Kumpulan G ini iaitu Brendan Gan, Matthew Davies, Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong dan Samuel Somerville.  


MATTHEW Davies (2), bek kanan pilihan utama Harimau Malaya ketika ini. - Kredit foto: FAM


Lagipun posisi bek kanan Malaysia tampak sudah cukup calonnya iaitu Matthew, Rizal Ghazali malah bek tengah, Adam Nor Azlin sempat dialih ke situ ketika berdepan Kuwait apabila Dominic Tan dan Junior Eldstal digandingkan.

Syahmi Safari yang kerap melakukan larian overlapping (membantu serangan) dan menyumbangkan jaringan jarak jauh, asalnya juga menghuni posisi itu dan hanya sejak Mei 2021 ini diuji Cheng Hoe sebagai pesaing Corbin-Ong di bek kiri.


JUNIOR Eldstal (tengah), bek tengah yang berdarah kacukan Sweden-Malaysia. - Kredit foto: FAM


DERETAN pemain berstatus warisan Harimau Malaya (dari kiri), Brendan Gan, Matthew Davies, Samuel Somerville dan La'Vere Corbin-Ong. - Kredit foto: FAM


Semakin diragui ialah sejauh mana pula keserasian Cools, 25, dengan percaturan Cheng Hoe yang diatur sejak kem latihan pusat pertama di Johor Bahru, Johor pada 22 hingga 28 Mac 2021 lalu jika anak jati Kuching, Sarawak ini diserapkan sekarang?

Nama bekas pemain skuad belia Belgium ini juga pernah diumumkan laman sesawang rasmi FC Midtjylland sebagai antara 16 pemain mereka yang mendapat panggilan pasukan kebangsaan, namun dipadamkan sejurus kemudian kerana seperti telah ‘membongkar rahsia’.

Ada kemungkinan juga pemain ke-26 Harimau Malaya itu ialah di barisan serangan memandangkan skuad Cheng Hoe hanya mampu menyumbat satu gol menerusi penyerang naturalisasi kelahiran Brazil, Guilherme de Paula ketika berdepan Kuwait.

Jika begitu, adakah antara calonnya ialah antara tiga anak jati yang pernah dipanggil ke kem di Johor Bahru iaitu Ramadhan Saifullah Usman, sayap kiri Johor Darul Ta’zim (JDT) atau penyerang Terengganu FC, Faisal Abdul Halim mahupun daripada senarai simpanan ketika itu, pemain Melaka United, S. Kumaahran? - KitaReporters


 

RAMADHAN Saifullah Usman pernah mendapat panggilan kem latihan negara, pada Mac 2021 lalu. - Kredit foto: FAM


SENARAI PEMAIN MALAYSIA

* Mengikut susunan nombor jersi

1. Farizal Marlias (penjaga gol)

2. Matthew Davies (bek kanan)

3. Rizal Ghazali (bek kanan)

4. Syahmi Safari (bek kiri)

5. Adam Nor Azlin (bek tengah)

6. Junior Eldstal (bek tengah)

7. Aidil Zafuan Radzak (bek tengah)

8. Nor Azam Azih (perantara)

9. Norshahrul Idlan Talaha (penyerang)

10. Liridon Krasniqi (perantara)

11. Safawi Rasid (sayap kanan/kiri)

12. Nazmi Faiz Mansor (perantara)

13. Mohamadou Sumareh (sayap kiri/kanan)

14. Syamer Kutty Abba (perantara)

15. Brendan Gan (perantara)

16. Guilherme de Paula (penyerang)

17. Irfan Zakaria (bek tengah)

18. Luqman Hakim Shamsudin (penyerang)

19. Akhyar Rashid (sayap kiri)

20. Syafiq Ahmad (penyerang)

21. Khairulazhan Khalid (penjaga gol)

22. La'Vere Corbin-Ong (bek kiri)

23. Samuel Somerville (penjaga gol)

24. Dominic Tan (bek tengah)

25. Arif Aiman Hanapi (sayap kiri/kanan)

0
0
0
0
0
You will be interested