Seni & Sukan 24 Mar, 2022

Video| Kematian tragis! Ketua polis sebak! Ceritakan bidan, anaknya mati dibunuh kekasih sendiri!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

DJUHANDANI bersama pegawai polis sedang menunjukan gambar Sweetha (kanan) dan gambar MFA (kiri) yang mati dibunuh oleh DC pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Jawa Tengah pada 18 Mac 2022. - kredit foto : Tribunnews.com


KEMATIAN seorang bidan serta seorang anaknya di Jawa Tengah yang dipercayai dibunuh oleh kekasihnya akibat sakit hati dan cemburu buta turut mendapat simpati daripada ketua polis apabila dia menjadi sebak ketika menceritakan kejadian itu dalam sidang media pada 18 Mac 2022 lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah  Jawa Tengah, Komisaris Besar Polis (Kombas) Djuhandani Rahardjo Puro beberapa kali menahan air mata menyatakan kes pembunuhan ke atas ibu serta anaknya itu amat lah kejam dan tidak berperikamanusiaan.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

BIDAN yang mati dibunuh oleh kekasihnya sendiri akibat cemburu buta. - Kredit foto: Tribunnews.com



Beliau berkata, kes tersebut dilihat satu penganiayaan kepada bidan itu yang bernama Sweetha Kusuma Gatra Subardiya, 32, dan anaknya, MFA, berumur lima tahun dalam kejadian pada waktu dan lokasi yang berbeza iaitu 20 Februari 2022 dan 7 Mac 2022.  

Tribunnews.com pada 18 Mac 2022 lalu dipetik melaporkan bahawa mayat MFA dibuang dalam keadaan telanjang oleh pelaku terbabit bernama DC, 31, ke dalam belukar di bawah jambatan Tol Semarang–Bawen KM 425 Pudakpayung, Kota Semarang, Jawa Tengah dengan ketinggian 50 meter dari arah jalan raya pada 20 Februari 2022 lalu. 


DC ditangkap polis selepas dipercayai membunuh kekasihnya dan anak kekasihnya berumur 5 tahun. - Kredit foto : Tribunnews.com


Djuhandani sebelum kes tersebut dikatakan sering bercakap garang terhadap pelaku-pelaku yang disyaki melakukan pembunuhan tetapi kali ini sikapnya agak berbeza kerana dia turut bersimpati dengan kes Sweetha itu yang juga seorang janda mempunyai dua orang anak.

Ketua Siasatan Jenayah itu dilihat beberapa kali menahan air mata semasa menceritakan kejadian yang melibatkan dua beranak itu kepada para wartawan yang hadir pada sidang media yang disertai bersama pelaku terbabit di Ibu Pejabat Polis Jawa Tengah.


DJUHANDANI turut bersedih tentang kejadian malang yang menimpa dua beranak itu. - Kredit foto: Tribunnews.com 


"Di manakah hati kamu (pelaku), kamu seksa, kamu kurung kanak-kanak yang tidak berdosa dan kamu tidak memberi makan minum kepada MFA sehingga dia mati kerana kelaparan dan kamu kata dia nakal sedangkan kanak-kanak memang kebiasaannya berperangai nakal.

“Demikian juga dengan kes Sweetha, kamu (pelaku) kata kamu sayang sama dia. kamu kekasih dia tetapi kenapa kamu sanggup membunuh dia atas alasan kamu sakit hati dan cemburu pada dia,” ujar Djuhandani.


PELAKU (tengah) dibawa bersama pada sidang media dengan wartawan. - Kredit foto: Tribunnews.com


DC yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu mula mengenali Sweetha yang berasal dari Sleman, Yogyakarta  sejak Oktober 2021 lalu ketika mereka bersama bertugas sebagai tenaga kesihatan di sebuah hospital di Kota Semarang.

Akibat terlalu yakin akan cinta DC itu menyebabkan Sweetha menyerahkan MFA untuk dijaga sepenuh masa  oleh pelaku dan isterinya.

Kes pembunuhan tersebut terjadi bermula selepas DC menyeksa kanak-kanak malang itu dengan dikurung dalam bilik dan tidak diberi makan selama beberapa hari sehingga mangsa meninggal dunia pada 20 Februari 2022 lalu.


MAYAT Sweetha ditemui ditutup dengan kain sarung dalam keadaan membusuk di bawah Jambatan Tol Semarang - Bawen KM 425, Pudakpayung, Kota Semarang pada 17 Mac 2022. - kredit foto : Tribunnews.com


Menurut Djuhandani, mangsa selama berada dengan DC itu mangsa sering dikurung dan diseksa di rumah pelaku di Semarang tanpa memberi makanan akibat mangsa dikatakan seorang kanak-kanak yang nakal dan degil.

DC kemudian membuang mayat MFA tanpa pakaian yang dibungkus dengan sehelai kain sarung dan kaki mangsa diikat sebelum mayat itu dibuang di Tol Semarang–Bawen, KM 425 Pudakpayung, Kota Semarang dan kematian anaknya itu tidak diketahui Sweetha.


MAYAT MFA yang ditemui tidak jauh dari mayat ibunya di bawah jambatan terbabit. - Kredit foto: Tribunnews.com


Selepas itu, katanya, pada 7 Mac 2022 lalu, Sweetha mengajak DC untuk bertemu kerana ingin melihat anaknya yang berada dibawah jagaannya sejak beberapa minggu lepas. 

Akhirnya, kedua-duanya bersetuju untuk berjumpa di exit Tol Banyumanik dan DC membawa jururawat itu ke sebuah hotel. 


KERETA pelaku yang diguna untuk membuang mayat dua beranak itu di Tol Semarang-Bawen, Pudakpayung. - Kredit foto: Tribunnews.com


“Di hotel itu, Sweetha dicekik dan dibunuh selepas pelaku melihat mangsa melambai-lambai tangan kepada seorang lelaki lain dan akibat perbuatan mangsa itu menyebabkan pelaku cemburu lalu mereka bergaduh sebelum  mangsa dibunuh di hotel itu,” kata Djuhandani.

Mayat bidan itu dibuang dengan menggunakan sebuah keretanya di tol yang sama yang sebelum itu mayat MFA dibuang di situ.

Djuhandani berkata, pelaku ditangkap polis ketika dia berpura-pura hendak membuat laporan polis tentang kehilangan dua beranak itu di balai polis  Jawa Tengah pada 16 Mac 2022 lalu.

“Ketika DC membuat laporan polis di  balai polis berkenaan tentang pekara itu,pihak kami telah mencurugai setiap laporan yang dibuatnya lalu kami menahan pelaku untuk siasatan selanjutnya hingga terbongkar kes pembunuhan tersebut.


Kredit foto : Tribunnews.com


Mayat ibu dan anak itu dijumpai pada 17 Mac 2022 dalam keadaan membusuk apabila pelaku terbabit dibawa bagi menunjukan lokasi mayat berkenaan yang dibuangnya di kawasan yang sama dengan jarak kira-kira 50 meter di antara mayat dua beranak itu.

“Kes pembunuhan bidan itu dilihat pelaku cemburu dan sakit hati apabila dia melihat mangsa melambai tangan secara kebetulan mangsa ternampak seorang kawan lelaki,  lalu mereka bergaduh dan pelaku mencekik mangsa sehingga mati di dalam bilik di hotel," katanya. - KitaReporters


 

13
13
1
7
0
You will be interested