Seni & Sukan 09 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Tahu tak? Penduduk paling bahagia menetap di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this



RASANYA kita semua sudah boleh memilih lokasi baharu untuk menetap. Ini kerana tiga negeri di Malaysia telah diiktiraf mempunyai bandar paling bahagia untuk tahun 2021.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) dalam satu kenyataan menyatakan Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka telah mencatatkan skor penuh negeri paling 'bahagia' dalam kajian Indeks Kebahagian 2021 iaitu melebihi 80 peratus.

Sebanyak 14 soalan ditanya dalam kaji selidik itu bersempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 pada 22 Mac 2022 lepas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Antara soalan yang ditanya termasuklah tahap tekanan kehidupan dialami individu serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan, kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara selain tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.

Soalan tersebut berdasarkan situasi di Malaysia namun pada peringkat dunia, ada lima perkara penting dalam menentukan indeks kebahagiaan di sesuatu kawasan seperti dilaporkan oleh Inc.com.


Berikut adalah lima faktor tersebut:

1. Kurang waktu perjalanan ke tempat kerja

Pertamanya adalah semakin kurang masa perjalanan ke tempat kerja, semakin bahagia individu di sesebuah kawasan, lapor kajian daripada United Kingdom's Office for National Statistics (ONS).

Menurut ONS, mereka yang bergerak menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja lebih bahagia daripada mereka yang menggunakan kenderaan peribadi.

2. Kurang bahagia di kawasan sejuk
Selain itu, cuaca juga memainkan peranan dan lokasi yang penting yang mana individu yang tinggal di kawasan sejuk kurang gembira berbanding kawasan panas.

3. Lebih bahagia di kawasan banyak kemudahan
Faktor ketiga, mereka yang tinggal di kawasan lebih banyak kemudahan dekat dengan semua tempat tumpuan lebih bahagia berbanding mereka yang tinggal di luar bandar, kemudahan jauh dan perlu bergerak ke sana-sini menggunakan kereta.

4. Kehijauan alam menghadirkan kegembiraan
Penduduk bandar kerap rasa ‘terhimpit’ dengan bangunan-bangunan di sekeliling mereka dan itu menjadi faktor keempat mengurangkan indeks kebahagiaan individu.

Kajian menunjukkan individu lebih bahagia di kawasan yang lebih banyak kehijauan dan kerana itu, penduduk bandar gemar ke kawasan-kawasan hijau apabila mereka bercuti.

5. Populasi berpendidikan tinggi
Faktor kelima penentu indeks kebahagiaan adalah tahap pendidikan yang mana kertas kerja “Unhappy Cities” menunjukkan kawasan dengan populasi lebih berpendidikan melaporkan tahap kebahagiaan yang lebih tinggi.


Penemuan itu turut disokong hasil kajian lepas yang dilakukan Gallup-Healthways Metro pada tahun 2010.

Siapa yang menetap di negeri ini, betul ke tu korang hidup bahagia. - KitaReporters



7
13
0
15
0
You will be interested