Seni & Sukan 18 Mar, 2022

Video| Ustaz Kazim dikutuk! Tegur isu kematian Tangmo! Kita ni berlebih-lebihan, melampau-lampau!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PENCERAMAH terkenal, Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias (DUKE), 49, reda dikecam kerana dia bercakap benar ikut landas agama ketika bercakap mengenai isu kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida, 37, yang menjadi perbincangan sebahagian masyarakat negara kita.

Dia dikecam sejumlah netizen dalam laman sosial gara-gara memberi teguran mengenai kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida itu sehingga ada yang menuduhnya tiada rasa simpati atas kematian aktres berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Kazim


Menerusi rakaman pendek siri ceramahnya yang dimuat naik dalam Instagram pada Khamis, 17 Mac 2022, Ustaz Kazim tampil menjelaskan maksud ceramahnya itu. 

Ustaz Kazim, menyatakan, dia bersuara mengenai isu ini kerana ada segelintir pihak mempercayai beberapa perkara yang boleh menjerumus ke arah menyekutukan Allah SWT.

"Saya nampak kita dah berlebih-lebihan, itu sebab saya tegur. Memang la kita simpati, memang la kita kasihan dengan apa yang berlaku tapi melampau-lampau sampai jadi penyiasat persendirian, leka dalam kesamaran.



"Kedua, saya tegur sebab sampai ada percaya satu bomoh perempuan yang dirasuk roh si mati kononnya. Fasal apa kita nak percaya, benda tu syirik! Itu sebab saya tegur... dah orang hentam saya bertalu-talu dan kata tak ada simpati. Siapa yang tak simpati?

"Kita ada simpati, tapi nak doakan keampunan dia tak boleh, dia bukan agama kita. Nak doakan Allah cucuri rahmat ke atas dia pun tak boleh, dia bukan Islam... hanya ucap takziah sajalah kepada keluarga dia," jelasnya.



Sebelum ini, menerusi ceramah berlainan Ustaz Kazim berkata ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan selain kes kematian Tangmo, tambahan pula umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

Namun teguran itu kurang disenangi sejumlah masyarakat dan menjadi perdebatan netizen yang menganggap tokoh agama ini sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada rasa simpati terhadap kes kematian aktres berusia 38 tahun itu.



"Kita tuduh orang sana, orang sini... sampai tak masak kerana menangis, itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat? Sampai suami tulis (status) wahai isteriku, ku rindu masakanmu. Fasal tak masak duk bincang kes pembunuhan ini. Kita pun tak tahu cerita sebenar duduk diam sahaja sudah," ujarnya.

Bukan itu sahaja, kata Ustaz Kazim, terdapat nama selebriti tempatan yang tiada kena mengena dengan kes kematian ini turut menjadi perbualan netizen dalam laman sosial. Ia selepas timbul beberapa cadangan mahu menerbitkan filem mengenai kematian Tangmo Nida.



"Kemudian boleh pula bagi cadangan nak buat filem, cari pelakon siapa yang sama muka. Siapa nak jadi mangsa, pembantu dia, bekas suami dia, kekasih dia dan siapa jadi datuk gatal tu.

"Akhirnya orang duk kutuk pula nama (pelakon) cadangan datuk gatal tu. Tak fasal-fasal kita berdosa pula dengan hamba Allah itu. Adakah kita saja-saja nak tambah dosa free? Memadailah kita serahkan pada pihak berkuasa negara mereka. Pandai-pandai la mereka, kita duduk negeri lain," katanya.



Mayat Tangmo atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada 26 Februari 2022 setelah tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di Sungai Chao Phraya sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pengebumian Tangmo yang dijadual Isnin, 14 mac 2022  lalu ditanggguh atas permintaan keluarga agar dijalankan bedah siasat kali kedua punca kematian pelakon terkenal Thailand itu, - KitaReporters


14
13
0
12
0
You will be interested