Seni & Sukan 25 Sep, 2020

Untunglah! Femi Otedola hadiahkan Ferrari kepada 3 puterinya

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KALAU sudah kaya, pelbagai perkara boleh dilakukan. Memberi hadiah berharga kepada orang tersayang tidak menjadi masalah. Itulah yang dilakukan oleh Femi Otedola, 57, orang kaya Nigeria yang kini berada di tempat ke 1,011 orang terkaya di dunia. : KitaReporters 

Anak-anak memperlihatkan kereta Ferari yang dihadiah oleh ayah mereka, Femi Otedola. - Kredit foto: thesun.com


Lagi cerita-cerita berkaitan kereta:

https://kitareporters.com/search?search=kereta


Menurut media Daily Star, Femi Otedola dikatakan memiliki kekayaan bernilai  £1.43 bilion (RM7.6 bilion). Jutawan minyak dan gas yang mengasaskan Zenon Petroleum and Gas Ltd. dan beberapa perniagaan lain ini sangat menyayangi ketiga-tiga anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Nana Otedola, yang kini sudah meningkat dewasa.

Femi Otedola bersama ketiga-tiga  'puteri'nya. - Kredit foto: theguardian

Femi Otedola baru saja membelikan untuk ketiga-tiga anaknya masing-masing kereta Ferrari berharga £165,000 (RM917,500) sebuah atau keseluruhannya berjumlah RM2,752,500.

Hadiah mewah itu yang dimuat naik dalam Instagram salah seorang  anaknya DJ Chuppy menjadi tular. Kereta Ferrari jenis Portofino dicat dengan warna sesuai pilihan ketiga anak perempuannya.  Satu berwarna merah jambu, satu biru laut dan satu lagi gangsa.

Femi Otedola bersama isteri turut dikenali sebagai dermawan. - Kredit foto: IG femiotedola

Setiap kereta diberi plat khas yang menunjukkan nama-nama mereka.

Misalnya, CUP 9Y untuk anak yang bernama Florence Ifeoluwa Otedola atau biasa dikenal sebagai DJ Cuppy. Adiknya Elizabeth Temi, lebih dikenali sebagai Jto mendapatkan plat  NI JTO dan anak sulung Tolani Otedola dengan plat TOL 44.


Femi berada dalam senarai 100 orang Afrika ternama dan dihormati bagi tahun 2020. 

Selain itu, Femi juga seorang dermawan. Baru-baru ini dia mengumumkan sumbangan bernilai satu billion Naira Nigeria bagi mengurangkan kesan wabak Covid-19 di Nigeria. - KitaReporters

0
3
1
0
0
You will be interested