Kredit foto: IG Puteri Aishah
Majlis akad nikah berlangsung di Ballroom, Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Ahad, 21 November 2021 kira-kira jam 11.15 pagi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan
Puteri Aishah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dan disaksikan oleh bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.
Dan Puteri Aishah berkata, dia akan menggunakan kebenaran berlakon sebaik-baiknya tanpa mengetepikan tanggungjawab sebagai isteri.
Puteri Aishah ketika ditemui media meluahkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
"Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu. Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan.” kata Puteri Aishah.
Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan Puteri Aishah dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih rekaan Rizman Ruzaini.
Kredit foto-foto: IG Puteri Aishah
Majlis resepsi pasangan ini diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur pada sebelah malam.
Puteri Aisyah yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan ini bergiat dalam bidang lakonan sejak 2013 dan telah berlakon dalam puluhan drama panjang dan drama bersiri dan membintangi sebuah filem iaitu ‘Pulang’ pada 2018. - KitaReporters