Seni & Sukan 05 May, 2020

Dikurung pagar berduri! Duit tak mari-mari - Man Raja Lawak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DALAM menghadapi pelbagai masalah ketika Covid-19 melanda, pelawak Man Raja Lawak terus dirundung malang apabila terpaksa ‘mengemis’ untuk mendapat baki bayaran RM10,000 yang dijanjikan, tapi tidak kunjung tiba. Mula-mula kawasan perumahannya dikenakan sekatan pagar berduri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), kini duit pula menjadi duri dalam dagingnya. Sempat buat video lagi tu!!: KitaReporters



Walaupun 20 peratus bayaran awal sudah diterima, kata Man, namun namun bakinya sebanyak RM10,000 masih gagal dibayar oleh pihak penerbit teater komedi ‘Korupsi Dewan Semandung’ (KDS), setelah lebih dua bulan teater itu berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menurut Man atau nama penuhnya Abdul Rahman Kasim, 43, tuan punya Ogy Ventures & Network (OVN), Fauziah Ahmad Daud (Ogy)  berjanji untuk melangsaikan bayaran pada hujung April 2020.


Dengan menghadapi tekanan hidup dikuarantin apabila kawasan apartmennya di Selayang, Selangor diletakkan di bawah PKPD, Man hilang sabar lalu meluahkan kekecewaan dan kemarahannya dalam akaun Instagramnya @Manrajalawak.

Man adalah antara ramai pelakon dan tenaga penerbitan yang meluahkan kemarahan kepada pihak penerbitan teater komedi itu kerana masing-masing perlukan wang untuk keperluan diri dan keluarga ketika Ramadan dan Syawal 1441/2020 ini.

Janji tinggal janji!!


Disebabkan PKPD, Man tidak dapat pergi ke balai polis untuk membuat laporan, maka hanya meluahkan perasaan melalui Instagramnya.

Sebelum ini ada krew penerbitan membuat laporan polis dan beberapa pelakon meluahkan kekecewaan melalui sosial media masing-masing dan membuat penjelasan dalam beberapa media tempatan.

Bagi Man, tawaran menggantikan tempat Allahyarham Abam dalam teater komedi itu adalah tuah baginya dan tercapai hasratnya untuk berlakon teater.

Seminggu sebelum pementasan, Man berkata, beliau bersama pelakon-pelakon lain mengadakan latihan dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam untuk memberi persembahan mantap. 

Persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu tetap berlangsung pada 28, 29 Februari dan 1 Mac 2020 serta mendapat sambutan hangat penonton.


Ogy berjanji untuk melangsai bayaran pada pertengahan Mac, namun tidak juga dilunaskan.

Namun atas sifat profesional para pelakon dan krew penerbitan, persembahan teater tersebut diteruskan selama tiga hari bermula 28 Februari kerana tiket telah terjual dan persembahan mendapat sambutan.

Man berkata, beliau terharu apabila terpilih mengantikan tempat Allahyarham Abam Bocey dan tercapai impiannya untuk berlakun teater dan diadakan di Panggung Istana pula.

Tetapi akhirnya menerima pengalaman pahit.

Dalam Instagramnya, Man Raja Lawak memperlihatkan  video yang memperlihatkan suasana PKPT di kawasan apartmennya.



2
0
0
0
0
You will be interested