Seni & Sukan 03 May, 2020

Siti Nurhaliza live! Konsert Vol.2 PKP jam 2.30 petang ini!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akan mengadakan Konsert ‘Live’ Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Volume 2 mulai jam 2.30 hingga 4  petang petang ini, Ahad, 3 Mei 2020. Jom saksikan dan jangan lupa menderma! : KitaReporters


Konsert live itu dapat disaksi dalam laman Youtube Siti Official Video. 

Ia sebagai langkah menarik lebih banyak sumbangan orang ramai terhadap Dana Peduli Kemanusiaan Prihatin (Dana PKP) yang dilancar oleh Siti Nurhaliza Production (SNP) dan Yayasan Nurjiwa.

Pada Youtube Live PKP yang pertama, 19 April 2020, Tok Ti melahirkan rasa terharu dengan sifat budiman semua pihak sama ada para peminat (dalam dan luar Malaysia), pihak korporat, dan orang ramai yang telah turut sama memberikan sumbangan.
“Ternyata menerusi Youtube Live tersebut, kita berjaya mengumpul dana yang mencukupi bagi membuat sumbangan PPE kepada frontliners," kata Tok Ti.

Buktinya, pada Khamis, 30 April 2020, Tok Ti telah menyerahkan pek 2,000 Peralatan Perlindungan Diri (PPPE) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kegunaan frontliner KKM. 

Sumbangan itu adalah hasil kutipan Dana PKP.

“Saya sekali lagi mengajak orang ramai untuk sama-sama menonton di YouTube channel saya, Siti Official Video, pada hari Ahad, 3 Mei 2020, jam 2.30 petang - 4 petang.

“Saya yakin, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. 

"Inilah perkongsian, saya tidak memaksa bagi yang tidak boleh sama menyumbang kerana saya memahami situasi kita, tidak semua berada dalam keadaan yang sama. 

"Saya mengajak mereka yang turut sama mahu mendukung, biarlah RM1, RM5, RM10, bukan nilainya, tetapi niat murni kita itu pasti ada ganjarannya.” katanya dalam postingannya.


Menurut Tok Ti lagi, Dana PKP ini, objektifnya dibahagikan mengikut 3 kategori iaitu:

  • 1. PEDULI - Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.(Nota: Sudah pun berjaya dan memberikan serahan 2000 set PPE kepada KKM.).
  • 2. KEMANUSIAAN - Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
  • 3. PRIHATIN - Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang memerlukan serta rumah-rumah kebajikan.

Para penonton YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

Dana PKP menyasar kutipan seKurang-kurangnya RM100,000 menjelang sebulan ia dilancarkan.

Sumbangan bagi kategori Kemanusiaan dan Prihatin akan disampai kepada orang ramai yang memerlukan sebelum sambutan Aidilfitri.

Sementara itu IG Tok Ti turut mempromosi baju-baju Hari Raya keluaran syarikatnya. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested