Seni & Sukan 04 Feb, 2022

Video| Tahniah Usop! Nak jadi suami terbaik Teha, harap berkekalan! Tak terburu-buru timang anak!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Foto kredit: kakiklikphotography,


Dengan sekali lafaz, Naib Juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24 atau lebih popular disapa sebagai Usop, sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim, 25,  pada hari ini (4 Februari 2022), bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga, Pulau Pinang,

Majlis akad nikah yang diadakah secara tertutup itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Harun Idris dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin dan disaksikan oleh bersama abang Nur Fatihah, Muhammad Firdaus Md Hashim serta bapa Usop, Mohd Noor Ismail.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan


Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran bersama mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang, berbalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan

Majlis tersebut sempat dikongsikan secara langsung melalui IG Story @usopofficial serta Kelly Azman selaku penyelaras media malah sempat pula komen dalam bahasa Inggeris bermaksud Teha dah kepunyaannya.




“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,“ ujar Usop sambil berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Nur Fatihah sehingga ke anak cucu.

Berkongsi soal zuriat Usop dan isteri memberitahu tidak  mahu terburu-buru namun serahkan kepada rezeki dan percaya masa yang tepat akan tiba,

“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” tambahnya.


Pada majlis malam berinai bertemakan Bollywood.


Walau pun merasakan usianya boleh dikatakan masih muda untuk mendirikan rumah tangga namun berharap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin,

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini,” akhirinya yang turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis melalui instagram serta lebih daripada 700 komen dalam masa tiga jam memuat naik berita pernikahannya.

Antaranya Shiha Zikir, Lah Ahmad serta rakan-rakan artis Big Stage seperti Azzam Sham, Dr Hafiz Zainal serta ramai lagi dan tidak ketinggalan penyanyi Indonesia Upiak Isil, di mana Usop menjadi rakan duetnya pada program Gegar Vaganza 8 (GV8) akhir tahun 2021 lalu.



Upiak dan Usop ketika di pentas Gegar Vaganza 8 tahun lalu.


Untuk rekod, Usop Dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 Nov 2021 setelah berkenalan sejak dua tahun sebelumnya.

Nur Fatihah atau Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang dan membuat kerja sampingan, berniaga barangan kosmetik.

Majlis resepsi bagi pihak perempuan  dijangka akan berlangsung pada malam ini, manakala  bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Feb 2022 di Kulim, Kedah.

Selamat Pengantin Baharu Usop dan Teha! - KitaReporters


12
14
0
10
1
You will be interested