Seni & Sukan 12 Feb, 2021

Video| Pakai topi keledar unik, pelik! Penunggang motosikal jadi perhatian pengguna jalan raya

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this


PELBAGAI cara dan teknik cuba dilakukan oleh seseorang untuk menarik perhatian ramai. Mungkin cara tersebut boleh menimbulkan kelucuan dan menghiburkan orang lain atau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Kaedah ini cuba dilakukan oleh sepasang penunggang motosikal yang melalui sebuah lebuh raya di satu kawasan di negara tetangga, Indonesia yang memakai topi keledar unik dan berlainan bentuknya daripada topi keledar biasa yang digunakan oleh para penunggang dan pembonceng motosikal sedia ada.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan topi keledar:

https://kitareporters.com/search?search=topi+keledar


Dengan memakai topi keledar yang unik bentuknya semasa menaiki motosikal di lebuh raya telah menarik perhatian pengguna yang melalui kawasan tersebut. Penunggangnya memakai topi keledar berbentuk silider tog gas 3 kilogram dan pembonceng wanitanya topi yang dipakai seperti teko air. - Kredit Foto: Serambinews.com.



Melalui rakaman video yang menjadi tular dan mendapat perhatian ramai dalam media sosial memperlihatkan pasangan penunggangnya memakai topi keledar seperti bentuk silinder tong gas 3 kilogram, manakala pemboncengnya seorang wanita memakai topi keledar bentuknya mirip teko air.

Dari cara dan keadaan yang dilihat melalui paparan video tersebut kemungkinan pasangan yang menaiki motosikal dengan mengenakan topi unik ini adalah pasangan ' kekasih', lapor Serambinews.com pada Jumaat 5 Februari 2021.

Kedua-duanya dengan penuh yakin dan bersahaja memakai topi keledar berkenaan semasa menaiki motosikal di jalan raya.

Video yang dirakam semasa pasangan itu bersiar-siar dikongsi oleh pemilik akauan Instagram @makasar_ iinfo beredar dalam kalangan para pencinta media sosial di negara berkenaan.


Pasangan ini dengan penuh yakin dan bersahaja seolah-olah tidak mempedulikan keadaan sekitar tetap selesa memakai topi keledar unik berbentuk silinder tong gas 3 kilogram dan teko air semasa menaiki motosikal di lebuh raya.


Laporan itu juga menyebut jika sekali imbas tidak ada yang pelik mengenai penampilan pasangan berkenaan semasa menunggang motosikal di jalan raya, cuma yang menonjol dan mendapat perhatian ramai terutama pengguna melalui lebuh raya di kawasan tersebut ialah bentuk topi keledar mereka pakai.

Agak melucukan penunggang yang lelaki memakai topi keledar berbentuk silinder tong gas 3 kilogram dan pembuncing wanitanya pula dengan topi seperti teko minuman bentuknya.

Kedua-duanya semasa menaiki motosikal tersebut kelihatan begitu yakin dan santai sambil sibuk berbual seolah-olah tidak peduli dengan keadaan sekitaran mereka.

Dengan memakai topi keledar unik tersebut motosikal yang mereka naiki dipandu dengan perlahan di laluan sebelah lorong kiri lebuh raya.

Sebenarnya wanita yang duduk di belakang kelihatan memeluk pasangan lelaki yang menunggang motosikal berkenaan.

Melalui penampilan unik pasangan tersebut yang megenakan pemakaian topi keledar berbeza berjaya menarik perhatian pemandu yang melalui lebuh raya tersebut.



Seorang pemandu melalui lebuh raya itu tertarik melihat keunikan topi keledar yang dipakai pasangan itu secara spontan membuat rakaman melalui telefon pintarnya.

Pemandu kereta berkenaan membuat rakaman videonya dengan bermula pada bahagian belakang pasangan berkenaan hinggalah selepas dia melepasi dan mendahului kedua-duanya.

Kerana keanehan dan lucunya topi keledar yang dipakai pasangan bermotosikal itu pemandu tersebut tidak dapat menahan ketawanya semasa membuat rakaman video itu.

Bagimanapun tidak diketahui lokasi dan siapa sebenarnya pasangan yang memakai topi keledar unik yang berjaya membuat orang ramai terhibur melalui penampilan mereka.

Serambinews.com melaporkan berbagai reaksi mereka yang menyaksikan video berkenaan telah tular. 

Sebahagiannya tidak tahan melihat gelagat pasangan berkenaan. Kebanyakan mereka menyukai dan memuji keberanian tampil dengan cara unik di samping menyifatkan keduanya pasangan kreatif dan melucukan. - KitaReporters


Kerana keunikan topi keledar yang dipakai pasangan ini telah menarik perhatian hingga seorang pemandu kereta yang melalui lebuh raya berkenaan membuat rakaman video dengan menggunakan telefon pintar.

6
2
0
1
1
You will be interested