Seni & Sukan 16 Apr, 2020

BONDA ROZITA 'UNFOLLOW' MENANTU? CECITER!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KECOH dalam media sosial apabila ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim "unfollow" (tidak mengikuti) menantunya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid. Malah ada yang mendakwa Rozita atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita turut memerli menantunya itu dalam Instagram. : KitaReporters

Bonda Rozita akui tidak tahan dengan kecaman orang ramai.


Bagi yang mengikuti gaya hidup keluarga ini, pasti mengetahui rumah tangga Aliff dan isterinya dikatakan sedang berada dalam keadaan retak menanti belah apabila timbul pelbagai cerita yang tidak enak didengar.

Memandangkan namanya turut terpalit, akhirnya BondaRozita tampil menjelaskan apa hal sebenar dalam Instagramnya.

Menurut Bonda Rozita, dia membuat keputusan untuk bersuara kerana kerana sudah tidak tahan dengan cemuhan netizen terhadapnya. 

Dek kerana masalah rumah tangga anaknya, dia terheret sama.

“Posting kapsyen mengundang untuk tambah dosa? Ambil kesempatan untuk meraih followers membaca, meramaikan orang komen untuk ghibah? Tak takut ke dosa fitnah buka aib orang? 
"Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penatlah. Kalau orang lain tiada siapa kisah pun. Tak follow, memollow, bercerai tak bercerai bagai, tak ada orang berminat nak tahu,” luahnya.


Tambah Bonda Rozita lagi, walau apapun yang berlaku dalam rumah tangga anaknya, Shahida tetap menantunya sampai bila-bila. 

Tegasnya, dia tidak pernah bergaduh dengan menantunya itu seperti yang difikirkan oleh netizen.


“Saya tak follow Ida, kecoh seMalaya masa PKP ni. Sempitnya cara berfikir. Sedap bergosip penghilang stres ya. Seronok bergosip. 

"Nak tahu saya gaduh dan salahkan menantu. Dia tetap anak menantu sayalah till jannah (dalam islam tiada istilah unfollow masuk neraka weiii). 

"Pernah nampak saya gaduh dengan orang lain maki hamun di media ke? Kalau dengan orang lain tak pernah, tak kan dengan Ida saya nak gaduh. 

"Posting saya semua di IG dianggap sindir Ida? 

"Saya orang tua yang matang setakat hari ni ok! Berhentilah jadi penyibuk. 

"Dia sangat baik dengan saya sampai sekarang! Saya tak follow Yati, Kri tiada pula orang nak tanya ke?” 


Beginilah hidup sebagai figura umum. Setiap apa yang dilakukan, pasti diperhatikan. 

Orang luar berlagak lebih tahu apa yang berlaku seolah-olah mereka tinggal bersama-sama.

Semoga Bonda Rozita tabah dan kuat mengharungi liku-liku kehidupan sebagai orang yang dikenali. - KitaReporters

Bonda Bonda Rozita jelaskan dia dan Shahida tidak pernah bergaduh serta menantunya sampai bila-bila.

0
2
1
0
1
You will be interested