Seni & Sukan 26 Apr, 2020

PASAR BASAH: PENJARAKAN SOSIAL ALA MYANMAR

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

SEBUAH pasar segar di Myanmar mengamalkan penjarakan sosial (social distancing). Ia disediakan oleh kerajaan Myanmar dan ia menjadi norma (nilai) baharu kepada para peniaga yang menjual barangan keperluan makanan asas. Seorang pengguna media sosial yang bernama Jain Weraphong’s berkongsi gambar-gambar tersebut melalui laman sosial media Facebook mendapat ribuan perkongsian. : KitaReporters 

Foto Sumber: Media Sosial


Pasar tersebut yang terletak di Kalaw, Myanmar memperlihatkan penjarakan sosial dan pihak berkuasa telah menetapkan tapak-tapak perniagaan dengan membuat penjarakan melalui petak-petak sejauh dua meter jarak diantara peniaga lain.


Ini membolehkan orang awam memilih barangan dan mengelakkan pertembungan antara satu sama lain seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Namun apa yang dapat lihat ialah tiada pihak berkuasa yang mengawal pasar tersebut yang mana mungkin penjarakan sosial kepada pelanggan tidak diamalkan. Apabila ramai pelanggan akan mula tertumpu di pasar tersebut.

Foto Sumber: Media Sosial


Namun ia satu idea dan inisiatif yang menarik yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar. 

Dan mungkin kerana jumlah kes Covid-19 di negara tersebut rendah, jadi mungkin terdapat kelonggaran dari segi kawalan pergerakan di negara tersebut.

Foto Sumber : Media Sosial


Setakat ini, Myanmar telah mengesahkan seramai 144 kes Covid-19 dan mempunyai lima kematian setakat 25 April 2020. 

Kita di Malaysia perlu mengikut segala nasihat-nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid19 di negara kita. Kita mesti menang!! - KitaReporters

4
2
0
1
0
You will be interested