JIKA diberi pilihan untuk melakukan kerja dapur atau persiapan barangan memasak, pasti majoriti akan menolak kerja mengupas bawang atau potong bawang. Manakan tidaknya, melakukan kerja ini pasti akan membuatkan air mata seseorang itu jatuh biarpun sedaya upaya cuba menahan. : KitaReporters
Namun begitu, gelagat seekor kucing bernama Cherry ini sedang duduk di hadapan bekas bawang tatkala tuannya sedang mengupas bawang mencuit hati ribuan netizen.
Pada awalnya, kelihatan kucing itu nampak okay.
Namun tidak lama selepas itu, kelihatan mata kucing tersebut mula mengalirkan air mata.
Menurut tuannya, yang dikenali Iqbal Harun, Cherry ini merupakan kucing yang paling nakal dalam rumah dan sentiasa bersama dengan beliau.
Video yang berdurasi selama 38 saat ini telah mendapat respons daripada netizen dan ada juga antara mereka yang berkongsi gambar kucing mereka.
Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 446,000 dan 45,000 orang suka akan video tersebut. Malah ia juga telah diretweet lebih 48,000 kali. - KitaReporters