Seni & Sukan 13 May, 2020

Kantoi beli nasi ayam! Beli makanan pada siang hari Ramadan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

BAGI anda yang pernah menonton telefilem 16 Puasa dan 17 Puasa arahan Mamat Khalid, mesti ingat jalan cerita dia macam mana. Antara dialoq popular adalah: "Tak batang pinang, harimau teriaq" Rab Khalid (Yeh Sekupang). Kalau dalam filem itu, ada satu babak di mana Kudha beli mi kuah di kedai Ah Hook. Tetapi tahukah anda, dalam dunia realiti juga ada seperti itu. : KitaReporters

 Kredit video Anwaruddin Adnan


Video yang dikongsi oleh Anwaruddin Adnan memperlihatkan ada beberapa orang beratur hendak beli makanan pada siang hari ketika bulan puasa di sebuah kedai Cina.

Bagi mereka yang pernah buat kerja ini, mesti tahu dan tidak pelik pun bagi golongan ini.



Namun mereka lari bertempiaran selepas disergah. Tahu juga takut, ingatkan jiwa kental!!!!! 



Ini mesti kes nak beli di kedai mamak atau kedai Melayu tapi belum buka lagi, maka terpaksalah mereka beli di kedai lain. 

Melihat video tersebut, ia mendapat pelbagai respons daripada netizen. 




Ada juga netizen yang ubah video tersebut untuk jadikan ia lebih menarik dengan meletak sound track. 



Kejadian ini dipercayai berlaku di Chukai, Terengganu. 

Video berdurasi 13 saat itu telah ditonton lebih 245,000 kali dan diciap semula lebih 13,000 kali dengan menerima lebih 8,000 tanda suka!! - KitaReporters  

1
0
0
2
0
You will be interested