GAMBAR Hiasan... pemandu treler mengakui mengambil pil methamphetamine bagi mengelak mengantuk sepenjang perjalanan.
SEORANG pemandu treler yang membawa muatan kelapa sawit ditahan polis dalam keadaan khayal di sekatan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di Kampung Tanah Puteh pada Jumaat 30 April 2021.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pemeriksaan ke atas suspek lelaki berusia 26 tahun dari Terengganu itu turut menemukan sebiji pil methamphetamine.
Katanya,
suspek mendakwa pil itu digunakan untuk mengelak mengantuk sepanjang perjalanan
dari Kuantan ke Gua Musang.
"Ujian air kencing suspek positif dadah methamphetamine," katanya yang dipetik oleh Berita Harian ketika melakukan pemantauan di sekatan jalan raya Kampung Tanah Puteh.
Suspek kini ditahan
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
Choon Foo
berkata, sejak Januari 2021 pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas 45 warga
tempatan, 15 warga Myanmar, satu warga Thailand dan dua warga Indonesia membabitkan
pelbagai kesalahan termasuk Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun dan Akta Imigresen.
- KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
SIK Choon Foo berkata sejak Januari pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas 45 warga tempatan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk Akta Dadah Berbahaya.