Seni & Sukan 26 Apr, 2021

Video| Norma baharu! Cara baharu! Lembaran baharu! Lagu raya baharu! Aidilfitri Lembaran Baru

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


KITA sudah pun berada dalam minggu kedua Ramadan dan hanya tinggal separuh lagi perjalanan hingga berakhirnya bulan Ramadan bagi menyambut ketibaan Syawal.

Sebagaimana semua maklum tahun ini, keberangkalian untuk menyambut hari raya di kampung sanak saudara tidak kesampaian berikutan larangan rentas negeri masih berkuat kuasa apatah lagi jumlah kes COVID-19 menunjukkan peningkatan setiap hari.

Pun begitu, bagi menghangatkan sambutan hari raya walaupun dalam norma baharu, syarikat rakaman Rocketfuel Records tidak mahu mengalah dalam perancangannya untuk memeriahkan suasana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu raya


“Dalam keadaan pandemik ini, kita tak perlu terus bersedih  apabila sekali lagi terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penuh kesuraman. Justeru itu, saya menaruh kepercayaan dengan S. Atan  (gambar atas, duduk tengah) dan  penulis liriknya, Siso untuk menaikkan kembali semangat masyarakat menerusi lagu berjudul ‘Aidilfitri Lembaran Baru,” ujar Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros Sayna.

Menurutnya, sesuai dengan norma baharu yang perlu dipatuhi semua, lagu berkenaan merupakan pesanan walaupun berdepan dugaan, ketika dunia menduga kita, jadikanlah ia kekuatan untuk mengharungi dan sebagai lembaran baru dalam kisah kehidupan di bumi ini.

‘Aidilfitri Lembaran Baru’ mengisahkan tentang suasana persediaan menyambut hari raya dalam keadaan norma baharu namun masih mengekalkan keceriaan dan semangat yang sama seperti dulu. 



“Lagu ini diharap dapat mengubat isi jiwa masyarakat yang masih bertarung dengan pandemik global Covid-19 ini, justeru itu Rocketfuel records membarisikan artis-artis dari pelbagai umur terdiri daripada Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Masya Masyitah , Usop dan Ruffedge,” tambah Feros.

Bagaimana agaknya dendangan anak-anak generasi muda ini jom kita dengar lagu yang telah dimuat naik di semua syarikat telekomunikasi tempatan  sebagai nada dering atau pun layannya melalui penstrimen di atas talian seperrti Spotify, Joox dan Apple Music

Nak tonton muzik video lagunya pula boleh ke saluran Youtube Rocketfuel Network mulai Selasa, 27 April 2021.

Terlebih dahulu, Salam Aidilfitri daripada kami di KitaReporters.


3
0
0
0
0
You will be interested