Gaya Hidup 20 Dec, 2021

Video| Siti Nurhaliza jenguk mangsa banjir! Agih bantuan keperluan! Lancar Tabung Bencana Alam!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

/

Siti Nurhaliza sebak melihat keadaan banjir dan orang ramai yang terjejas. - Kredit foto: Dari IG ctdk

Personaliti ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebak melihat kesengsaraan mereka yang menghadapi banjir besar mulai 17 Disember 2021 lalu lantas turun padang bagi menghulurkan bantuan keperluan berupa barang makanan untuk mangsa yang terlibat

Atas dasar prihatin dengan masyarakat, beliau melancarkan Tabung Bencana Alam pada Ahad, 19 Disember 2021.

Selain beliau sendiri serta suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menghulurkan bantuan, tabung itu  turut membuka kepada orang ramai untuk memberi sumbangan.

Lagi kisah-kisah duka berkaitan bencana banjir

/


Tabung ini disalur menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini.
Penyanyi kesayangan ramai itu turut mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin turut serta memberikan sumbangan bagi mangsa banjir melalui tabung ini.

/



“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kitafund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.

“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera.

/

Siti Nurhalia turut membantu menyediakan bantuan kecemasan mangsa banjir


Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam,” katanya dalam Instagramnya. 

Dalam perkongsian videonya, Siti kelihatan sebak dan berdebar apabila terpaksa mengharungi banjir untuk menjalankan misi bantuan di beberapa lokasi kepada penduduk yang terjejas di Shah Alam, Selangor.  

“Ya Allah... Saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini Ya Allah," kata penyanyi nombor satu negara ini.

/

Sukarelawan Siti mengangkut barangan keperluan dari sebuah pasar raya Mydin


Beliau bersama suaminya, Khalid Mohamad Jiwa telah mengambil langkah pantas apabila turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Shah Alam, Selangor.

"Kita cuba sebaiknya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Saya tengok ramai juga insan-insan serta badan yang prihatin. Kami semua sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan," tambahnya.

Menerusi hantaran dalam Instagram Story, ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhamad Afwa itu berkongsi keberadaannya di sebuah cawangan Pasar Raya Mydin di  USJ, Subang Jaya untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir. - KitaReporters

10
12
0
11
0
You will be interested

Video| Bilal genap 8 bulan! Wajah anak Neelofa masih jadi misteri! Peminat panasaran, kena bersabar!

Muhammad Bilal Muhammad Haris genap 8 bulan pada 29 Sept 2022. Namun pasangan Neelofa dan PU Ritz tetap tidak berhasrat untuk perlihat wajah anak sulung mereka

Video| Kan dah kena! Kedah larang semua konsert hiburan! Bimbang cetus kelakuan di luar tatasusila!

Kerajaan Kedah larang sebarang jenis konsert hiburan yang cetus kelakuan di luar tatasusila di seluruh Kedah. Arahan berkuat kuasa dengan serta merta - MB Kedah
Jamliah Abdullah in Gaya Hidup 4 hours ago

Liga Super 2022: Terengganu teruskan rentak kemenangan! Peluang bersaing Piala AFC kembali terbuka!

Terengganu FC teruskan rentak kemenangan dalam Liga Super 2022 dan jadikan Sabah mangsa terbaharu selepas catat kemenangan 2-0. Rebut kembali slot ke Piala AFC
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago

Liga Super 2022: PJ City jinakkan tuan rumah, 1-0! Kedah terus bergelut! Gagal berikan aksi terbaik!

PJ City FC teruskan rentak cemerlang selepas menang 1-0 ke atas pasukan Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super 2022. Kedah terus gagal beri aksi terbaik
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Tragedi 1 Oktober! 127 maut dalam rusuhan penyokong bola sepak! Persebaya tewaskan Arema FC!

127 orang termasuk 2 anggota polis terkorban dalam tragedi rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang selepas perlawanan Arema lawan Persebaya
Jamliah Abdullah in Gaya Hidup 1 day ago