Seni & Sukan 29 Mar, 2020

TAKDE URUSAN JANGAN CUBA MASUK PAHANG!!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this
PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula pada 18 Mac 2020 dan sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2020, telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sebagai usaha utama membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak. Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil langkah membuat sekatan jalan bagi melarang masuk ke negeri ini. : KitaReporters

Pemeriksaan polis bagi menyekat pergerakan orang ramai ketika PKP 


Tindakan kerajaan negeri Pahang yang melarang orang awam masuk tanpa sebab adalah satu usaha drastik bagi tujuan memutuskan rantaian jangkitan wabak yang mengerikan itu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan PKP dan membuat sekatan jalan jika pada masa sama rakyat masih ingkar dan enggan mengikut arahan yang diberikan. 
  • Susah sangat ke arahan yang diberikan? Just stay at home!! Duduk di rumah dan jangan ke mana-mana.
Namun, masih ada segelintir rakyat yang menganggap wabak ini sesuatu hal yang remeh dan tidak perlu ditakuti. Keluar rumah, berjalan tanpa rasa takut, berkumpul ramai ramai tanpa jarak dan pelbagai perbuatan yang memang tidak sepatutnya dilakukan ketika PKP. 
  • Nak balik kampung  pun tunggulah sehingga tamat tempoh PKP dan arahan selanjutnya daripada kerajaan.
Sehingga kini Pahang masih belum berada di Zon Merah. Justeru, adalah menjadi harapan kerajaan supaya rakyat negeri ini terus menjaga kesihatan dan mematuhi PKP. 

Membiarkan orang awan (dari luar Pahang) memasuki Pahang tanpa sebarang sebab munasabah akan membantutkan usaha kerajaan dalam membebaskan negeri ini daripada wabak COVID-19.


Pemeriksaan Polis - Gambar hiasan


Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak


  • Jangan sibuk nak masuk Pahang jika tiada sebab munasabab

“Jika tiada sebab kita tidak akan membenarkan orang awam (luar) masuk ke Pahang sesuka hati, pihak keselamatan yang membuat sekatan jalan di sempadan negeri tidak akan benarkan,” kata Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak di Kuantan pada Jumaat, 27 Mac 2020.

Beliau berkata, kerajaan negeri meminta pihak polis yang membuat sekatan jalan raya di sempadan negeri supaya tidak membenarkan orang awam untuk masuk ke Pahang dengan sesuka hati.
“Kalau tiada sebab munasabah, kita tidak benarkan. 

"Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk tidak membenarkan sesiapa melakukan pergerakan sesuka hati.

“Tetapi mesti ada sebab sama ada urusan rasmi, urusan perniagaan yang tidak dapat dielakkan (perniagaan yang dibenarkan dalam tempoh PKP),” katanya ketika ditemui selepas selepas melihat penghasilan peralatan perlindungan diri (PPE) di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Polis yang membuat sekatan jalan raya di sempadan Pahang diminta supaya tidak membenarkan orang awam untuk masuk ke negeri ini dengan sesuka hati. 


  • Pahang ke arah sifar COVID-19

Katanya, setakat ini sudah terdapat tiga tangkapan dibuat di Pahang  kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan dibawa ke mahkamah.

Kesalahan mereka yang ditahan adalah kerana keperluan pergerakan mereka yang tidak tersenarai sebagaimana peruntukan Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Susah sangat ke nak patuh arahan yang diberikan. Just stay at home !! - Gambar hiasan


Tangkapan ini membuktikan bahawa kerajaan amat serius dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana orang awam yang masih berdegil dan keluar rumah.
“Kita kena tegas kerana mahu menolong orang awam supaya jumlah kes di Pahang dapat dikurangkan. Alhamdulillah, di Pahang kita berjaya kawal wabak COVID-19.
“Setakat ini di negeri ini ada 69 kes dan pertambahan harian terlalu kecil, iaitu paling ramai tiga kes sehari. Selain itu ada dua pesakit ditempatkan di ICU dan kini semakin stabil.
“Isnin lepas kita ada empat pesakit yang ditempatkan di ICU, namun hari ini tinggal dua selepas kedua-dua pesakit semakin pulih,” katanya.


Syabas kerajaan negeri, polis dan tentera. Anda sedang berjihad berjuang membendung wabak ini daripada terus mengancam rakyat Pahang. 

Putuskan rantaian COVID-19 dengan segera!!! - KitaReporters

1
1
2
0
0
You will be interested