Seni & Sukan 11 Apr, 2020

HOT!! DSV TANYA CIK B NAK BAPA MACAM MANA?

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
SEMESTINYA kita akan terasa bahagia apabila dapat memberikan senyuman yang berpanjangan terhadap ahli keluarga kita khususnya ibu bapa kita, tatkala sedang bertarung diri menghadapi kebosanan menghadapi hari-hari berkurung di rumah yang diistilahkan oleh ramai orang sebagai 'musim mereput'. : KitaReporters

Foto diambil dari Instagram @raihanaroslan


Menyarung baju kelawar isteri bagi si suami, menaiki basikal atau bermotor di dalam rumah adalah perkara pelik yang diisi oleh netizen menghiasi kesunyian yang mampu mewujudkan gelap tawa yang terbahak-bahak.

Dalam masa sama prank-prank kecil turut dijadikan kejutan dan dirancang untuk tujuan mengenakan ahli keluarga termasuk ibu dan ayah walaupun ianya adalah tidak menjadi.

Menerusi video Instagram Cik B yang dimuat naik kononnya ingin mengenakan bapanya dengan perbuatan menyergah di sebalik pintu akhirnya tidak kesampaian apabila menyedari bahawa dia ketiadaan bapa sejak beberapa tahun yang lalu.



Prank nakal yang dilakukan Cik B itu merupakan hiburan sampingan yang dilakukannya sendiri seperti orang lain dipertontonkan kepada pengikutnya dalam Instagram yang kini melebihi 536,000 orang.

Adegan mengenakan itu menonjolkan perbuatan lucu bersahaja yang disifatkan netizen sebagai kurang kasih sayang daripada seorang bapa.

Setakat ini, seramai 780,147 pengikutnya sudah menonton video mengena tersebut dan lebih 96,000 yang ketik suka serta bermacam respons positif, lucu netizen termasuk respons daripada ibunya sendiri, Dato' Seri Vida (DSV).


Sementara itu, komen bersahaja DSV dalam entri Cik B:

"Hu.. hu.. kesian Cik B @cikb_havoc66 bosan tahap gaban.

"Nak ayah ke?? Hendak ayah macam mana?" balasnya bersahaja.

Komen nakal DSV itu turut disusuli dengan 3,118 jumlah pengikut yang suka dan 696 buah komen balas dalam entri berkenaan.

Respons DSV dalam ruangan entri komen dalam Instagram Cik B


Melalui ungkapan Cik B "oh saya lupa saya tak ada bapa" memberikan perasaan sebak majoriti pelayarnya yang menonton video tersebut menerusi respons yang ditinggalkan. 

Rata-rata netizen bersimpati dengannya yang terus-terusan menagih kerinduan dan kasih sayang seorang bapa yang telah berpisah sejak 9 tahun yang lalu.

Ada pula yang menawarkan dirinya untuk dikahwinkan bersama jutawan kosmetik berjaya itu agar dapat menggembirakan Cik B setiap waktu yang sedang meningkat usia keremajaan. 


Komentar daripada netizen dan pelayarnya.


DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 3 kali, namun kesemuanya gagal dan bercerai di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan runtuhnya rumah tangga mereka.

Terakhir DSV telah dikaitkan pernah menjalinkan hubungan bersama pembantu peribadinya yang muda berusia 23 tahun iaitu, Ahmad Iqbal Zulkefli namun ditolak dan tidak mendapat restu dari Cik B dan anak-anak yang lain. 

Cik B merupakan anak sulung kepada suami DSV yang pertama iaitu Muhammad Amin. 

DSV pernah diskandalkan dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli

5
4
3
9
2
You will be interested