Seni & Sukan 05 Jul, 2022

Berita baik! Kulim nak dijadikan bandar sukan berbasikal! Acara Kulim Kedah Century Ride 2022!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


Dato’ Norsabrina Mohd. Noor, ADUN Bandar Baharu sedang membuat pelepasan  acara 'Fun RideKulim Kedah Century Ride 2022 (KKCR 2022) di Kulim, Kedah. - Sumber foto: FB Sabrina Mohd. Noor.


Para peminat sukan berbasikal tanah air terutama di negeri-negeri utara boleh berbangga dengan kemunculan satu lagi destinasi atau ‘port’ baharu iaitu bandar Kulim, Kedah sebagai satu lagi lokasi himpunan besar-besaran pelumba-pelumba baharu amatur untuk mencuba dan mengasah skil sukan berbasikal jalan raya (road race).

Selain daripada Pulau Langkawi yang sememangnya terkenal dengan penganjuran acara sukan berbasikal bertaraf antarabangsa Le Tour De Langkawi (LTdL), kini negeri Kedah bakal memartabatkan Kulim sebagai bandar ‘sukan berbasikal’ pada masa-masa akan datang.


Lagi


Para peserta yang mengambil bahagian perlumbaan basikal jalan raya sejauh 160 kilometer pada acara Kulim Kedah Century Ride 2022 (KKCR 2022)  di Stadium Mini Keladi, Kulim, Kedah. - Kredit foto: Art Viva


Pada 2 Julai 2022 lalu, Kulim Kedah Century Ride 2022 (KKCR 2022) telah berlangsung  dengan penuh meriah dan gemilang di Stadium Mini Keladi, Kulim, Kedah.

Menurut Pengarah KKRC 2022, Mohd Syukri Mohd Saaid berkata sukan berbasikal ini merupakan julung kali diadakan secara besar-besaran di daearah Kulim.

“Tujuan diadakan KKCR 2022 adalah memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai dan di samping itu ingin memperkenalkan trek-trek berbasikal di daerah ini,” ujar beliau.

Penganjur bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan GCNK Cycling Team serta penaja utama syarikat Pro Apparel tu berjaya menarik penyertaan seramai 780 peserta tempatan dari seluruh Malaysia.

Selain itu seramai 158 peserta berkayuh beramai-ramai dalam program  ‘Fun Ride’ sejauh 35 kilometer. 



Rakaman foto para peserta pada pertandingan berbasikal jalan raya Kulim Kedah Century Ride 2022(KKCR 2022)  di Kulim, Kedah. - Kredit foto Art Viva


Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur lapan belas tahun ke atas dan mereka juga  tidak pernah mewakili negara atau pasukan basikal Continental kecuali mereka yang telah meninggalkan pasukan melebihi dua tahun.

Sebanyak enam kategori acara dipertandingkan iaitu acara Terbuka Wanita, Junior 18-24 tahun, Master Lelaki A (25-35 tahun), Master Lelaki B (36-45 tahun), Master Lelaki C (46-55 tahun) dan Master Lelaki D (56-99 tahun).

Para pelumba akan berkayuh sejauh 160 kilometer dengan beberapa laluan yang mencabar membabitkan 56 lokasi seperti Jalan Kulim-Mahang, Sungai Karangan, Ulu Bakai, Labu Besar, Pekan Merbau Pulas, Ladang Sungai Ular, Gunung Bongsu, Selama Kedah dan lain-lain.

Turut hadir Dato’ Norsabrina Mohd. Noor, ADUN Bandar Baharu yang membuat pelepasan acara Fun Ride di Kulim Kedah - KitaReporters


Peta laluan pelumba-pelumba basikal amatur sejauh 160 kilometer di Kulim Kedah Century Ride 2022 (KKCR 2022). 


Rujukan:

https://www.sports360.my

https://www.facebook.com/search/top?q=kulim%20kedah%20century%20ride%202022

https://www.facebook.com/656241589/videos/pcb.10159633934641590/548245477009544

 

16
9
0
10
0
You will be interested