Gaya Hidup 21 Apr, 2021

Berita Terkini| Polis serbu kondo mewah! Pusat operasi judi dalam talian! Kaut RM20k sehari!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PUSAT yang baharu beroperasi dua bulan itu mampu mengaut keuntungan RM20,000 sehari. Kredit Foto Robert j.Steiner


TAKTIK satu sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan kondominium mewah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai pusat operasi panggilan aktiviti itu terbongkar apabila diserbu pada tengah malam Selasa, 20 April 2021.

Serbuan oleh Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu berjaya menahan seramai 11 individu berumur lingkungan 19 hingga 38 tahun termasuk seorang wanita warga China yang dipercayai penjaga premis berkenaan ditahan dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Saiful Annuar Yusoff berkata, pusat berkenaan didapati telah beroperasi kira-kira dua bulan lepas dan mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari.

 “Sindiket ini dipercayai mempromosi judi dalam talian kepada warganegara China di premis yang disewa pada harga RM10,000 sebulan,” katanya yang dipetik laporan Bernama, Rabu 21 April 2021.

Serbuan yang diketuai Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, ACP Nasri Mansor itu turut merampas 17 komputer riba, 100 telefon bimbit dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian tersebut.

Saiful Annuar berkata, setiap pekerja menerima upah sebanyak RM3,000 sebulan selain komisen untuk mendapatkan pelanggan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
1
0
1
You will be interested

Video| Menyusuri Amazon Terengganu! Program Berkayak Mesra Felcra Sungai Berang! Uji ketahanan!

Seramai 25 kakitangan Felcra mewakili 5 kawasan sahut cabaran Program Berkayak Mesra Felcra di Sungai Berang, Hulu Terengganu sejauh 20km bagi eratkan ukhuwah

Jom lawat Terengganu, boh! 22 acara disediakan! Isi kalendar pelancongan 2022! Macam-macam ada!

Terengganu senaraikan 22 acara bagi isi kalendar aktiviti pelancongan yang akan diadakan sepanjang tahun 2022 ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Allahu! Tular video Aliff Aziz imamkan solat sebelum bertanding! Bella turut jadi jemaah!

Tular video Aliff Aziz sedang imamkan solat maghrib secara berjemaah di sebuah bilik di PICC, tempat berlangsungnya final GV8. Ada 3 jemaah lelaki dan 1 wanita
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 14 hours ago

Video| Tiada Kecurigaan dalam hati Adibah Noor! GV8 bawa tuah! Guna wang kemenangan bayar hutang!

Adibah Noor gunakan GV8 untuk promosi single terbaharunya berjudul Kecurangan yang baru dilancarkan. Guna wang kemenangan untuk bayar hutang, tebus barang kemas
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago

Keluarga Malaysia: MPBP, JPKD Penggaram turun padang! Agih kotak rezeki penduduk taman perumahan!

JPKD Penggaram Batu Pahat agihkan sumbangan Kotak Rezeki Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kepada 30 keluarga penduduk yang kesempitan di kawasan Zon 12 MPBP
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 1 day ago